Mesyuarat Penyelarasan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi Anak-Anak Asnaf Ar-Riqab Komuniti Wong Ah Jang

SHARE:

Diharapkan hasil kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan dapat membantu memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan agama

Mesyuarat Penyelarasan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi Anak-Anak Asnaf Ar-Riqab Komuniti Wong Ah Jang

Kuantan, 6 Mei 2026 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi anak-anak Asnaf Ar-Riqab Komuniti Wong Ah Jang telah diadakan pada 6 Mei 2026 (Rabu) bertempat di Pusat Prihatin Pahang, Jalan Wong Ah Jang. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Kuantan bagi membincangkan usaha penyelarasan pendidikan agama Islam kepada anak-anak komuniti berkenaan.

Antara pihak yang terlibat dalam mesyuarat ini ialah Yayasan Pahang, Sekolah Kebangsaan Abdullah, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Unit Pendidikan Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Bandaraya, pihak YP Havea, Dai Ar-Riqab serta Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan yang dijemput khusus bagi membantu dalam penyelarasan pelaksanaan kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk anak-anak komuniti Wong Ah Jang.


Dalam sesi perbincangan, dimaklumkan bahawa Us. Haikal berperanan sebagai daie serta penjaga yang mengurus dan membimbing anak-anak Asnaf Ar-Riqab di kawasan tersebut. Pelbagai program ilmu dan pembangunan sahsiah telah dijalankan secara konsisten bagi membantu membentuk peribadi dan akhlak anak-anak yang berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan.

Anak-anak komuniti ini menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar walaupun kebanyakan mereka datang daripada latar belakang keluarga yang mencabar, termasuk masalah sosial dan ketidakstabilan institusi keluarga. Terdapat juga sebahagian penjaga dan ibu bapa yang terlibat dalam gejala negatif sehingga memberi kesan kepada perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak.


Aktiviti pembelajaran dan bimbingan dilaksanakan bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam melibatkan kelas mengaji Al-Quran, bacaan Buku NILAM, kuliyyah Maghrib serta pelbagai aktiviti pembangunan rohani dan sahsiah. Program-program yang dijalankan mendapat sambutan yang amat baik daripada anak-anak komuniti dan berjalan dengan lancar.

Selain itu, kerjasama daripada Yayasan Pahang melalui penyediaan makanan percuma kepada anak-anak selepas waktu persekolahan setiap hari Isnin dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang turut membantu menjaga kebajikan dan memberi sokongan kepada mereka untuk terus mengikuti aktiviti pembelajaran.

Turut dimaklumkan bahawa seramai 13 orang anak-anak sedang diusahakan untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas mengalami keciciran daripada sistem pendidikan arus perdana. Kebanyakan mereka tinggal bersama ibu bapa di rumah kedai atau bersama ahli keluarga lain dalam keadaan yang kurang kondusif untuk pembelajaran. Disebabkan kekurangan ruang dan tempat yang sesuai untuk aktiviti berfaedah, sebahagian anak-anak ditempatkan di Rumah Prihatin sebagai pusat perlindungan dan pembangunan diri.


Mesyuarat turut membincangkan cadangan pembukaan kelas KAFA di kawasan tersebut memandangkan terdapat ruang kosong yang boleh dimanfaatkan sebagai pusat pembelajaran. Penubuhan kelas KAFA ini masih menunggu kelulusan pihak berkaitan dan dicadangkan pelaksanaan silibus asas KAFA tanpa peperiksaan UPKK pada peringkat permulaan. Cadangan awal juga melibatkan penghantaran seorang guru untuk mengendalikan kelas gabungan dengan fokus utama kepada anak-anak komuniti sekitar Wong Ah Jang.

Diharapkan hasil kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan dapat membantu memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan agama Islam kepada anak-anak Asnaf Ar-Riqab serta membuka peluang yang lebih baik untuk masa depan mereka.

COMMENTS

BLOGGER
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :