Khas untuk pusat UPKK dan Guru Data mengenai cara mendaftar calon UPKK tahun 5 dalam sistem Simpeni JAKIM.
Pergukafakuantan.com - Ini merupakan tutorial khas untuk pusat UPKK dan Guru Data mengenai cara mendaftar calon UPKK tahun 5 dalam sistem Simpeni JAKIM.
Pihak JAKIM telah menaiktaraf beberapa bahagian sistem Simpeni (Data Pelajar) bagi melancarkan lagi penggunaan sistem ini. Di sini tumpuan diberikan khusus pada penggunaan sistem Simpeni bagi pendaftaran calon UPKK tahun 5.
Mungkin ada sebahagian pusat UPKK atau Guru Data telah mengikut bengkel pengisian data maklumat Simpeni baru-baru ini. Atas sebab tertentu ketika bengkel tersebut sistem ini belum dikemaskini pada bahagian pelajar atau calon UPKK tahun 5 tersebut.
Kini anda sudah boleh mengemaskini daftar calon UPKK 2017 bermula sekarang hingga 30 April 2017.
Kini anda sudah boleh mengemaskini daftar calon UPKK 2017 bermula sekarang hingga 30 April 2017.
Berikut adalah tutorial atau cara daftar calon UPKK dalam sistem simpeni :
1. Seperti biasa, log masuk ke dalam sistem dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah diberikan kepada guru data setiap sekolah/pusat UPKK. Anda boleh klik terus butang di bawah untuk terus ke sistem Simpeni.
2. Terus klik butang Kelas seperti gambar di bawah :
4. Seterusnya paparan seperti berikut akan keluar, anda hanya perlu tik pada butang Tindakan dan secara automatik semua calon UPKK tersebut di tik atau ditanda. Anda juga boleh tanda atau tik satu persatu senarai nama calon tersebut. Ini bermakna calon yang bertanda tersebut telah berdaftar sebagai calon UPKK.
3. Akan keluar paparan seperti berikut, terus klik pada gambar dalam bulatan tersebut.
5. Jika ada di antara calon tersebut tidak layak menduduki UPKK atas sebab-sebab tertentu, anda boleh buang tik atau buang tanda pada mana-mana calon bekenaan, ini bermakna calon tersebut ada belajar di tahun lima tetapi dia tidak mengambil UPKK.
6. Tak perlu save atau simpan kerana sistem automatik menyimpan semua kerja anda tadi dan tahniah anda telah berjaya mendaftarkan calon UPKK sekolah anda...
Antara sebab yang tidak layak mengambil peperiksaan UPKK :
a) Tidak memenuhi syarat untuk mengambil UPKK iaitu perlu belajar selama 3 tahun di mana-mana SAR/KAFA/Sek yang berdaftar.
b) Bukan warganegara tidak layak mengambil UPKK.
c) Atas kehendak pelajar itu sendiri tidak mahu mengambil UPKK sekadar belajar sahaja di SAR/KAFA/Sek tersebut.
MOHON PERHATIAN SEMUA GURU DATA :
Pada SIMPENI anda hanya perlu
Pergi ke 👇
👉Maklumat upkk
👉Daftar pelajar
👉Click button tindakan setiap pelajar
Itu sahaja. Tak perlu lain-lain tindakan.
MOHON PERHATIAN SEMUA GURU DATA :
Pada SIMPENI anda hanya perlu
Pergi ke 👇
👉Maklumat upkk
👉Daftar pelajar
👉Click button tindakan setiap pelajar
Itu sahaja. Tak perlu lain-lain tindakan.
Macam mana pula tutorial daftar calon lewat
ReplyDelete