A. Syarat dan Terma Keahlian
-
Guru mestilah mengajar di Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA Daerah Kuantan yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
-
Guru yang tidak dilantik oleh JAIP atau guru lantikan sekolah masih layak menjadi ahli persatuan.
-
Keahlian akan terbatal secara automatik sekiranya guru berhenti atau bersara daripada perkhidmatan.
-
Keahlian juga akan terbatal sekiranya ahli gagal membayar yuran keahlian selama dua (2) tahun berturut-turut.
B. Kelebihan Menjadi Ahli
-
Menjadi saluran rasmi untuk menyuarakan pandangan dan menjaga kebajikan guru-guru KAFA melalui persatuan.
-
Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), sekali gus memberi keabsahan kepada persatuan dalam memperjuangkan kebajikan ahli.
-
Mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara SAR, KAFA, Sekolah Kebangsaan (SK), serta guru-guru KAFA di Daerah Kuantan.
Kebajikan yang diperolehi oleh setiap ahli adalah seperti berikut :
| Bil | Jenis Kebajikan | Kelayakan | Jumlah |
|---|---|---|---|
| 4.1 | Saguhati bersalin | Ahli bersalin (sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan) | RM200 |
| 4.2 | Masuk wad hospital | Ahli dimasukkan ke wad hospital (sekali setahun, tidak termasuk bersalin) | RM100 |
| 4.3 | Melanjutkan pelajaran | Ahli atau anak ahli melanjutkan pengajian ke IPTA | RM100 |
| 4.4 | Ahli meninggal dunia | Waris ahli yang layak. | RM300 |
| 4.5 | Bencana alam | Ahli yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut dan seumpamanya | RM200 |
| 4.6 | Persaraan ahli | Ahli yang bersara | RM300 |
Sebarang pemberian bantuan kebajikan adalah tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa kebajikan dan kedudukan kewangan semasa tabung.
Semua syarat, terma dan kebajikan tertakluk kepada sebarang pindaan.
*Jika ada ahli yang layak memohon saguhati tersebut, sila berurusan terus dengan bendahari persatuan.
[full_width]






