Syarat Menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
Untuk mengetahui apakah syarat yang perlu untuk menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), anda boleh membacanya terus di bawah.
Ya! jika dulu, sijil UPKK ini tidak dipandang sangat oleh masyarakat. Ramai yang beranggapan sijil ini dahulunya sijil biasa sahaja. Kini atas usaha beberapa pihak seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam telah menaik taraf sijil UPKK ini setanding dengan sijil UPSR.
Bagi Negeri Pahang, mana-mana pelajar yang ingin masuk ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), mereka wajib memiliki sijil UPKK sebagai syarat layak untuk memohon. Begitu juga untuk masuk ke sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan sebagainya mensyaratkan wajib ada sijil UPKK juga.
Matlamat Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ialah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

MATA PELAJARAN YANG DINILAI :
- Al-Quran.
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah).
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah )
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Amali Solat
BENTUK PENILAIAN :
BENTUK PENILAIAN | MATA PELAJARAN |
---|---|
Lisan | Al-Quran |
Amali | Amali Solat |
Lisan & Pemerhatian | Penghayatan Cara Hidup Islam |
Penulisan | Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) |
Sirah | |
Adab (Akhlak Islamiyah) | |
Jawi dan Khat | |
Lughatul Quran |
PENDAFTARAN KEMASUKAN UPKK :
- Murid-murid dikehendaki mengisi borang pendaftaran kemasukan UPKK yang ditetapkan.
- Pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan akan ditolak.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
- Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Mengikut Kurikulum KAFA.
- Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
- Berdaftar untuk menduduki UPKK.
TARIKH PELAKSANAAN :
- Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan oleh JAKIM).
- Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.
PUSAT UPKK :
- Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.
- Bagi penilaian bertulis (Rujuk di atas ) hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.
PENGENDALIAN PENILAIAN :
- Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak pelaksana KAFA Negeri.
- Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang dinilai.
- Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan.
- Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.
PENGGREDAN :
Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut :
GRED | TAHAP | MARKAH |
---|---|---|
A | CEMERLANG | 80 - 100 |
B | BAIK | 60 - 79 |
C | MEMUASKAN | 40 - 59 |
D | KURANG MEMUASKAN | 01 - 39 |
*Tertakluk kepada sebarang perubahan
SIJIL :
- Sijil UPKK hanya diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai.
Kemah keming PERGUKAFA Kuantan.
ReplyDeleteTahniah
Assalamualaikum,...
ReplyDeleteMaaf bertanya,.... Sy nk buat pengakuan ni. :( Sy dan suami tk tau lgsung psl UPKK ni perlu diambil semasa darjah 5. Anak saya dah tercicir. Soalan saya boleh ke pelajar tahun 6 ambil peperiksaan ni?
Assalamualaikum..maaf bertanya anak saya tahun dia Dan tiga pergi me kafa tapi dalam tahun 4 dia dihantar ke tahfiz untyk setahun INI..soalan saya bolehkah anak saya masuk kembali ke kafa pada tahun 5 Dan mengambil upkk. Adakah dia akan diterima? Mohon pencerahan dengan segera.trima kasih.
ReplyDelete