Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ustaz Zaidi Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIP. Dalam ucapannya...
Program yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 1.30 petang ini bertujuan meningkatkan kemahiran pedagogi guru dalam pengajaran Bahasa Arab agar lebih berkesan, menarik serta selari dengan keperluan semasa pendidikan KAFA.
Kursus dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta diikuti taklimat program. Slot pertama bertajuk "Pedagogi Dalam Kelas "telah disampaikan oleh Ustazah Salma Binti Hashim, Jurulatih Utama (JU) Negeri Pahang. Beliau berkongsi pelbagai pendekatan pengajaran yang kreatif dan efektif bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid.
Sesi diteruskan dengan slot kedua bertajuk "Teknik Mengajar dan Menjawab UPKK" yang disampaikan oleh Ustaz Harmizi Bin Hanafi, yang berpengalaman sejak 2009 lagi dalam bidang pengajaran bahasa arab di peringkat kafa. Perkongsian beliau memberi penekanan kepada teknik pengajaran berfokus, kaedah menjawab soalan serta strategi persediaan murid menghadapi peperiksaan UPKK.
Turut diadakan ialah slot bersama UPSI, yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan latihan perguruan.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ustaz Zaidi Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIP. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan guru sentiasa meningkatkan kompetensi profesional bagi memastikan kualiti pendidikan KAFA terus diperkasakan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
PERGUKAFA Kuantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Agama Islam Pahang, semua penceramah, urus setia serta para peserta yang telah menjayakan kursus ini. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam bilik darjah sekali gus memperkukuh mutu pengajaran Bahasa Arab di institusi KAFA.
"KAFA Menjana Ummah".
Lensa Kursus Pedagogi Bahasa Arab di BCIC Im/7 Kuantan















































COMMENTS