Panduan Daftar Online Sistem Tuntutan Bantuan MUIP bagi Kelas KAFA Negeri Pahang

Bermula tahun 2018 ini tuntutan bantuan Kelas Al-Quran Kanak-Kanak & Fardu Ain (KAKK) di negeri Pahang yang telah mendaftar dengan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang dilakukan secara online.

Tuntutan MUIP

Pergukafakuantan.com - Bermula tahun 2018 ini tuntutan bantuan Kelas Al-Quran Kanak-Kanak & Fardu Ain (KAKK) di negeri Pahang yang telah mendaftar dengan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang dilakukan secara online. 

Bantuan ini hanya diberikan kepada KAKK yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan antaranya sebuah KAKK haruslah diadakan di Masjid/Bangunan Sekolah, mempunyai pelajar sekurang-kurangnya 20 orang yang berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun sahaja dan kelas perlu diadakan Isnin-Jumaat serta setiap sesi perlulah selama 2 jam 30 minit.

Bagi menggunakan sistem tuntutan online bantuan MUIP ini perlu mendaftar berpandukan "Manual Panduan Penggunaan Zakat4pengajian MUIP" di bawah ini.


Siapa yang perlu daftar online untuk mengisi atau yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem tersebut? 

1. Guru Besar / Guru Data Kafa yang ada mempunyai akaun facebook.

Sebelum mendaftar sila baca betul-betul dan daftar mengikut apa yang telah diarahkan dalam manual di atas Bagi pemohon (KAFA) sila baca bermula halaman 4 hingga 15 sahaja, bahagian lain sila baca sebagai panduan kerana bahagian permohonan KAFA tiada dalam manual tersebut. (Toturial untuk pengguna (KAFA) ada disediakan di bawah.

Setelah siap mendaftar seperti arahan dalam manual tersebut sila masuk / login ke dalam sistem tuntutan online bantuan MUIP pada pautan di bawah :



- Klik log masuk, akan keluar tetingkap seperti di bawah. Isi IC dan kata laluan yang anda telah daftar tadi.


- Sebelum mengisi borang tuntutan tersebut terlebih dahulu anda kemaskini profil penguna anda (Skroll pada bahagian bawah sekali laman tersebut). Isi semua yang diperlukan di sana. Setelah siap kemaskini SAVE.

- Sila cari bantuan bantuan kelas Al-Quran dan klik seperti gambar di bawah.


- Akan keluar tetingkap seperti di bawah. Baca dan isi maklumat yang perlu dan klik SETERUSNYA jika siap.


- Akan keluar tetingkap seterusnya, Isi perkara 1 (Latar belakang).

1. Isikan nombor Pendaftaran Kelas MUIP seperti contoh satu di atas.

2. Pilih nama kelas/sekolah pada ruang nombor 2, MUIP telah menyenaraikan 73 buah Kafa daerah Kuantan (Seperti gambar di bawah) yang telah berdaftar dengan MUIP dalam kolum tersebut. Anda hanya perlu memilih Kafa anda sahaja.

3. Setelah siap klik "Seterusnya".


- Akan keluar tetingkap seterusnya, Perkara 2 (Guru dan kelas). Isi semua maklumat guru yang di sekolah anda dengan mengelik kotak Guru 1 atau Guru 2 dan seterusnya mengikut bilangan guru di Kafa anda. Pastikan segala keperluan maklumat anda lengkap semasa mengisi bahagian ini. Sama keperluan dengan borang manual dahulu cuma ditambah dengan alamat setiap guru yang perlu diisi.

- Skroll ke bawah pada halaman yang sama seperti gambar di bawah.


1. Pilih bank mana yang anda berurusan dan isikan nombor akaun banknya di ruang yang disediakan.

2. Isi maklumat kelas, jumlah pelajar yang guru tersebut mengajar bukan jumlah keseluruhan pelajar (Ruang ini untuk setiap guru kelas tersebut sahaja). Jumlah pelajar kelas ini akan dicampur secara automatik dengan jumlah pelajar kelas guru yang lain nanti.

3. Isi maklumat kehadiran seperti contoh di atas berdasarkan jumlah pelajar guru kelas tersebut. Dan begitulah seterusnya bagi guru kelas yang lain (Pada button biru Guru 1, Guru 2 dan seterusnya).

4. Setelah siap mengisi borang klik "Seterusnya" akan keluar seperti gambar di bawah Perkara 3 (Hantar permohonan). Setelah puas hati, klik "Selesai'.


- Seterusnya akan keluar tetingkap "Pengesahan Penghantaran Permohonan" klik "YA! SAYA SETUJU DAN TERIMA.


- Kemudian akan keluar borang pengesahan untuk cetakan. Anda dikehendaki mencetak BORANG PENGESAHAN PERMOHONAN dan melengkapkannya. Anda boleh save atau simpan dahulu borang tersebut sebelum dicetak dalam bentuk PDF seperti gambar di bawah.


- Inilah rupa borang yang telah lengkap dan perlu diisi (tandatangan pemohon dan tanda tangan ketua kampung / pengurus felda)  dan hantar ke pejabat MUIP berhampiran.

- Dan yang akhirnya akan keluar status permohonan sama ada Telah Diterima atau Belum Diterima.


KAFA daerah Kuantan sehingga kini masih belum mendapat atau menerima arahan secara rasmi dari MUIP mengenai penggunaan sistem online ini. Cuma sekadar cakap-cakap sewaktu menghantar borang tuntutan secara manual di pejabat MUIP, "Borang ini kena buat online dah!!!" itu sahaja.

Ramai guru besar / pentadbir KAFA masih ragu-ragu atau takut untuk mendaftar menggunakan sistem ini kerana belum ada kata resmi dari pihak MUIP.

Mohon pihak MUIP memberi satu sesi taklimat mengenai sistem tuntutan online ini kepada semua KAFA-KAFA daerah Kuantan bagi menerangkan bagaimana sistem ini berjalan dan bagaimana prosedur menggunakannya dalam memudahkan urusan kedua belah pihak antara KAFA dan MUIP.

Toturial ini hanyalah sebagai panduan dan pendedahan awal sahaja sebelum menggunakan sistem tuntutan MUIP online ini. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan, sila rujuk kepada bahagian yang berkenaan di MUIP. 
  • [message]
    • ##check## UPDATE: 04 Julai 2018
      • Pihak MUIP akan memanggil semua KAFA daerah Kuantan untuk sesi taklimat mengenai tuntutan online bantuan MUIP ini. Bila dan di mana akan diberitahu kemudian, harap maklum.

Update: 11 Julai 2018
Surat makluman daripada MUIP mengenai taklimat sistem IMAS telah diterima, ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 17 Julai 2018 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan

Semua Guru Besar/Pentadbir Kelas Al Quran Kanak-Kanak Daerah Kuantan yang terlibat dijemput hadir pada tarikh tersebut.

Surat makluman boleh baca di SINI.

COMMENTS

BLOGGER: 2
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PERGUKAFA Kuantan tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.


PENAFIAN: Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Sesuai dilayari dengan menggunakan pelayar popular (Microsoft Edge, Chrome, Firefox, Safari dan Opera versi terkini) dengan resolusi skrin 1280 X 800 dan ke atas. Anda juga memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader (PDF) untuk paparan sesetengah aplikasi di laman ini.

Laman web ini dibangun dan disenggarakan oleh Unit Multimedia, Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan).

Name

Ahli Persatuan,31,AJK,24,Aktiviti,146,Buku Aktiviti KAFA,10,Buku Teks,3,eKAFA,7,Gambar,15,Guru Data,1,Guru Kafa,2,Ihtifal,23,Iklan,2,Info Terkini,342,Isu Semasa,105,Jadual Peperiksaan,7,Jadual UPKK,10,Jadual UPKK 2019,3,JAIP,39,JAKIM,28,JPN,4,JUC,12,KAFA,11,Kebajikan,2,Kementerian Pendidikan Malaysia,1,Keputusan UPKK,2,Khatam Al Quran,2,KPM,1,Mesyuarat,23,Mesyuarat agong,1,Motivasi,2,Muat Turun,3,MUIP,10,PAID,22,Penyelia KAFA,1,Peperiksaan,20,Percubaan Upkk,1,PERGUKAFA,35,Profil,5,Program,41,Program Sar Kafa,38,SAR KAFA,100,Simpeni,6,Skema Jawapan,7,SUK,1,Takwim Simpeni,2,Tuntutan MUIP,3,Ujian Kompetensi,2,UPKK,45,UPKK 2016,32,UPKK 2017,14,UPKK 2018,10,UPKK 2019,4,ZON 1,1,ZON 2,2,ZON 3,4,ZON 4,3,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Panduan Daftar Online Sistem Tuntutan Bantuan MUIP bagi Kelas KAFA Negeri Pahang
Panduan Daftar Online Sistem Tuntutan Bantuan MUIP bagi Kelas KAFA Negeri Pahang
Bermula tahun 2018 ini tuntutan bantuan Kelas Al-Quran Kanak-Kanak & Fardu Ain (KAKK) di negeri Pahang yang telah mendaftar dengan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang dilakukan secara online.
https://3.bp.blogspot.com/-hEeIOVHeggM/WzR_htroZrI/AAAAAAAAEb8/wlS5mBKV8bsQUMbdmoT3CCHt_V9SfnRkQCLcBGAs/s640/2018-06-28_14h25_17.png
https://3.bp.blogspot.com/-hEeIOVHeggM/WzR_htroZrI/AAAAAAAAEb8/wlS5mBKV8bsQUMbdmoT3CCHt_V9SfnRkQCLcBGAs/s72-c/2018-06-28_14h25_17.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2018/06/panduan-daftar-online-sistem-tuntutan.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2018/06/panduan-daftar-online-sistem-tuntutan.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy