Cara Install Jawi dalam Komputer Menggunakan Jawi UKM Keyboard

SHARE:

Biasanya Guru KAFA di sini menggunakan kaedah keyboard arabic 101 dengan font jawi biasa2 untuk tulis jawi tapi adakah cara lain yang lebih berkesan

Jawi UKM Keyboard
Perkembangan tulisan jawi terkini amat menarik walaupun ianya sedang ditekan oleh pihak tertentu. Semakin ditekan semakin ramai yang ingin tahu dan menggunakan tulisan jawi. Tahniah kerajaan Negeri Pahang mewajibkan setiap premis peniagaan dan papan tanda jalan perlu ada tulisan jawi padanya. Penulisan huruf jawi sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Bermula dari ejaan jawi lama, jawi zaaba dan kini jawi baharu yang telah dimurnikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kini selain tulis tangan atau tulis menggunakan komputer, selaras dengan perkembangan teknologi semasa, dengan menggunaan aplikasi jawi tertentu, tulisan jawi sudah boleh digunakan di Smartphone, boleh taip tulisan jawi di Whatsapp, Facebook ataupun Telegram dan sebaginya.

Biasanya Guru KAFA di sini menggunakan kaedah keyboard arabic 101 dengan font jawi biasa2 untuk tulis jawi tapi adakah cara lain yang lebih berkesan untuk tulis jawi mengikut standard jawi terkini?

Di sini admin telah mencuba satu kaedah untuk tulis jawi selain daripada menggunakan kaedah keyboard arabic 101 dengan font jawi biasa2 iaitu menggunakan software jawi UKM keyboard pada microsoft office excel, word, publisher, powerpoint dan juga Adobe Photoshop, ianya sangat mudah simple berbanding kaedah jawi biasa2.

Bagaimana cara untuk mendapatkan dan menggunakannya? ok anda boleh rujuk tutorial yang telah admin sediakan di bawah ini:

Anda boleh tonton Youtube ini untuk lebih lanjut :

Video Cara Install Tulisan Jawi Dalam Laptop



Cara Install Tulisan Jawi Dalam Komputer Menggunakan Jawi UKM keyboard

1. Pertamanya anda perlu muat turun Sofware Jawi UKM Keyboard di bawah:


2. Setelah anda berjaya memuat turun perisian di atas, Extrat File tersebut. Untuk Extract boleh gunakan Winrar / Winzip

3. Kemudian buka file tersebut sepeti gambar di bawah, klik pada ‘Setup’, paparan 'Welcome to Jawi UKM 2017 Setup Wizard' akan dipaparkan.

cara install

3. Install file tersebut kemudian tekan finish.

Anda boleh semak di taskbar (bawah sebelah jam), ada keyboard Jawi UKM rujuk gambar di bawah.

Jika tiada  lagi Arabic Keyboard 101 (untuk penulisan arab) –  Ok cari (Control Panel - Clock, Language, and Region - Change keyboards and other input methods – Tick pada Arabic 101)

keyboard arabic 101
Jika anda menggunakan Windows 10, paparan adalah seperti gambar di atas. Jika Windows 7, anda perlu klik pada logo keyboard yang turut ada di taskbar.

Jika sudah ada ia bermakna anda telah berjaya memasukkan Keyboard Jawi pada komputer / laptop anda.

Untuk menulis jawi, anda perlukan fon jawi atau fon Arab yang mempunyai huruf jawi. Terdapat banyak fon yang menyokong tulisan Arab, tetapi hanya terdapat beberapa fon yang menyokong jawi keseluruhannya.

Ini kerana hampir semua fon Arab tidak mempunyai 6 huruf tambahan untuk jawi iaitu چ ڠ ݢ ڤ ۏ ڽ . Oleh itu, pilihan untuk menulis jawi adalah terhad. Sekiranya anda nampak 'kotak' pada huruf jawi di-atas, bermakna font tersebut tidak boleh digunakan untuk tulis jawi.

Antara font yang menyokong jawi adalah

  • Arabic Typesetting
  • Times New Roman
  • Adobe Arabic
  • Scheherazade
  • Lateef
  • Sakkal Majalla
  • Jawi Uthman Taha
  • Noto Kufi Arabic
  • Noto Naskh Arabic
Kebanyakan fon ini ada disertakan dalam sistem Window 10/7. Jika tiada boleh muat turun font di bawah:


Cara masukkan Font Jawi ke dalam komputer

Buka file font yang telah dimuat turun tadi, select semua font tersebut klik kanan mouse dan klik pada install (seperti gambar di bawah).

cara install font jawi

Jawi JawiUthmanTaha: Ia mempunyai kelebihan dimana huruf hamza akan “naik” pada kedudukan yang betul untuk perkataan-perkataan Jawi yang menggunakan hamzah.

Bagaimana cara untuk mulakan penulisan menggunakan Software Jawi UKM ini?

1. Contoh jika menggunakan Microsoft Word. Buka Word, tukarkan Bahasa di taskbar, EN kepada Jawi UKM Keyboard.

2. Kemudian, tukarkan font, boleh pilih mana-mana font yang telah anda install tadi.

Huruf Jawi di UKM Keyboard

Huruf jawi di keyboard anda sebenarnya sama seperti huruf keyboard Arabic 101, tetapi ada penambahan huruf Jawi. Anda perlu menekan Shift untuk menaip huruf tambahan tersebut iaitu:

Jawi / Arab dalam keadaan biasa
keyboard arabic

Jika ditekan SHIFT di situ kedudukan huruf jawinya berbeza dengan sedikit kedudukan huruf jawi menggunakan jawi biasa2
keyboard jawi

Penggunaan Software Jawi UKM ini adalah menepati Standard penulisan jawi yang sebenar selaras dengan perkembangan semasa.

Bagi memastikan perubahan kepada sistem penulisan jawi yang baik, diharapkan semua Guru KAFA dapat menggunakan Jawi UKM 2017 ini dan elakkan menggunakan Jawi Biasa2.

Kelebihan Menggunakan Jawi UKM Keyboard

1. Jika anda menaip sesuatu dokumen menggunakan Jawi UKM, dan membukanya di komputer lain yang tidak ada software ini, ia tetap dapat dibaca seperti asal.

2. Ia juga dapat menaip huruf jawi dan huruf arab tanpa anda perlu menukar kepada font Traditional Arabic. Tidak seperti Jawi Biasa2 yang memerlukan anda menukar font arabic pada perkataan arab.

Contoh Tulisan Menggunakan Font Jawi UKM Keyboard


Dan contoh gambar mula-mula di atas sekali, di tulis dan di edit dalam adobe photoshop 2019 menggunakan Jawi UKM Keyboard.

Terima Kasih kepada Munsyi Dewan (Jawi), UKM, dan semua yang terlibat dalam menghasilkan Software Jawi ini.

Dapatkan sticker tulisan jawi / arabic di sini 

COMMENTS

BLOGGER: 5
  1. Tapi soalan periksa masih lagi guna jawi biasa2 kan

    ReplyDelete
  2. Mohon mencelah admin,saya pemilik perisian Harakatku Pro,Sekadar perkongsian,Untuk pengetahuan perisian Harakatku sudah di Updrage kepada Harakatku Pro.Kini memudahkan menulis dan membaris Arab,Al-Quran,Jawi dan simbol. https://harakatkublog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Assalam Tuan, Terima kasih atas perkongsian ini. Saya nak tanya.. kalau taip di ms word jawi nya bersambung. Tetapi kalau guna di photoshop.. jawi nya sebutir sebutir. Mungkin ada cara yang saya tidak ketahui.

    ReplyDelete
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PERGUKAFA Kuantan tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.

Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Cara Install Jawi dalam Komputer Menggunakan Jawi UKM Keyboard
Cara Install Jawi dalam Komputer Menggunakan Jawi UKM Keyboard
Biasanya Guru KAFA di sini menggunakan kaedah keyboard arabic 101 dengan font jawi biasa2 untuk tulis jawi tapi adakah cara lain yang lebih berkesan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNO9sJn1annxBNNwbg0ee0sgqDqH-anf-SG7iGgc9lSoEK7E5Ttk7FBufVkhuGo1O32FAW9rCi5_P56ONs4XL87RNz-1SM-79q-7sp1zfqCGpF1UD3GlSet5r_zEP1b1m8VpqHLAZDuZ8/s640/Jawi+UKM.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNO9sJn1annxBNNwbg0ee0sgqDqH-anf-SG7iGgc9lSoEK7E5Ttk7FBufVkhuGo1O32FAW9rCi5_P56ONs4XL87RNz-1SM-79q-7sp1zfqCGpF1UD3GlSet5r_zEP1b1m8VpqHLAZDuZ8/s72-c/Jawi+UKM.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2020/01/cara-install-jawi-dalam-komputer.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2020/01/cara-install-jawi-dalam-komputer.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :