Mesyuarat AJK Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan Sesi (1) 2026/2028 Berlangsung dengan Jayanya

SHARE:

Mesyuarat ini merupakan pertemuan sulung barisan AJK yang baharu dilantik selepas Mesyuarat Agung yang diadakan baru-baru ini. Kesemua AJK...

Mesyuarat AJK Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan Sesi (1) 2026/2028 Berlangsung dengan Jayanya

Kuantan, 28 April 2026 (Selasa) telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan kali pertama bagi sesi 2026/2028 bertempat di SAR KAFA Saidina Othman, Bukit Rangin, Kuantan.

Mesyuarat ini merupakan pertemuan sulung barisan AJK yang baharu dilantik selepas Mesyuarat Agung yang diadakan baru-baru ini. Kesemua ahli jawatankuasa yang dilantik telah hadir bagi menjayakan mesyuarat ini, menunjukkan komitmen tinggi dalam memikul amanah yang diberikan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi baharu, Ustaz Abd Rahman bin Saleh yang mengambil alih kepimpinan daripada Ustaz Harmizi bin Hanafi. Ustaz Harmizi sebelum ini telah berundur daripada arena guru KAFA setelah banyak menabur jasa dan bakti dalam pembangunan pendidikan KAFA di daerah Kuantan.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa perkara penting telah dibincangkan antaranya perancangan pelaksanaan kursus-kursus peningkatan profesionalisme untuk guru-guru KAFA, aspek kebajikan guru, serta isu-isu berkaitan kepentingan dan pembangunan institusi KAFA di daerah Kuantan.

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi peranan Persatuan Guru-Guru SAR KAFA dalam memperjuangkan kebajikan guru serta meningkatkan mutu pendidikan KAFA secara keseluruhannya.

Diharapkan segala perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan baik demi manfaat bersama, khususnya kepada guru-guru dan para pelajar KAFA di daerah Kuantan.











COMMENTS

BLOGGER
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :