Mesyuarat Agung Kali Ke-20 dan Jamuan Aidilfitri Berlangsung Meriah

SHARE:

Antara agenda utama mesyuarat adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2026 – 2028 . Pada kali ini, satu pendekatan baharu telah diperkenalkan....

Kuantan , 11 April 2026 (Sabtu), Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan telah berjaya menganjurkan  Mesyuarat Agung Kali Ke-20 yang digabungkan bersama Jamuan Aidilfitri, bertempat di Awangan Palace.

Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Nasrul Afizan ( Penyelas DUN Panching)  yang dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terhadap peranan guru-guru KAFA dalam membentuk sahsiah dan pendidikan agama generasi muda.

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU

Antara agenda utama mesyuarat adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2026 – 2028 . Pada kali ini, satu pendekatan baharu telah diperkenalkan iaitu pengundian secara bertulis khusus bagi memilih tiga jawatan tertinggi persatuan.

Keputusan pemilihan adalah seperti berikut:

Pengerusi: Ustaz Abd Rahman Bin Salleh
(Menggantikan Ustaz Harmizi Bin Hanafi)

Setiausaha: Ustaz Fauzan Bin Hj. Abd Rahman
(Menggantikan Ustaz Abd Rahman Bin Salleh)

Bendahari: Ustazah Hajjah Fadzlia Bt Mohd Khairai
(Menggantikan Ustazah Hajjah Khairul Azimah Bt Rani)

Manakala jawatan-jawatan lain masih mengekalkan sebahagian penyandang sedia ada bagi mewakili zon masing-masing dalam memastikan kesinambungan pentadbiran yang lebih mantap untuk sesi baharu.


PERBINCANGAN USUL & KEBAJIKAN GURU

Mesyuarat turut memberi ruang kepada ahli untuk membahaskan usul-usul penting, khususnya yang melibatkan kebajikan guru KAFA, penambahbaikan sistem pengurusan serta cadangan memperkukuh peranan persatuan di peringkat daerah.

PENGHARGAAN BUAT GURU BERSARA

Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan, majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada guru-guru KAFA yang bersara wajib. Penghormatan ini menjadi simbol terima kasih atas dedikasi mereka dalam mendidik anak bangsa.

SUASANA AIDILFITRI PENUH UKHUWAH

Majlis diteruskan dengan Jamuan Aidilfitri yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Ia menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim antara guru-guru KAFA dari seluruh daerah Kuantan.

Semoga barisan kepimpinan baharu dapat meneruskan kecemerlangan persatuan serta memperkasakan lagi peranan guru KAFA dalam pembangunan ummah.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG DAN JAMUAN AIDILFITRI 2026







[next]







[next]









[next]








[next]










[next]








[next]







[next]








Gambar-gambar akan dikemaskini....


COMMENTS

BLOGGER: 2
  1. Tahniah pergurukafa Kuantan, terus maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah atas sokongan semua..

      Delete
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PERGUKAFA Kuantan tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :