Antara agenda utama mesyuarat adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2026 – 2028 . Pada kali ini, satu pendekatan baharu telah diperkenalkan....
Kuantan , 11 April 2026 (Sabtu), Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Kali Ke-20 yang digabungkan bersama Jamuan Aidilfitri, bertempat di Awangan Palace.
Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Nasrul Afizan ( Penyelas DUN Panching) yang dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terhadap peranan guru-guru KAFA dalam membentuk sahsiah dan pendidikan agama generasi muda.
PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU
Antara agenda utama mesyuarat adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2026 – 2028 . Pada kali ini, satu pendekatan baharu telah diperkenalkan iaitu pengundian secara bertulis khusus bagi memilih tiga jawatan tertinggi persatuan.
Keputusan pemilihan adalah seperti berikut:
Pengerusi: Ustaz Abd Rahman Bin Salleh
(Menggantikan Ustaz Harmizi Bin Hanafi)
Setiausaha: Ustaz Fauzan Bin Hj. Abd Rahman
(Menggantikan Ustaz Abd Rahman Bin Salleh)
Bendahari: Ustazah Hajjah Fadzlia Bt Mohd Khairai
(Menggantikan Ustazah Hajjah Khairul Azimah Bt Rani)
Manakala jawatan-jawatan lain masih mengekalkan sebahagian penyandang sedia ada bagi mewakili zon masing-masing dalam memastikan kesinambungan pentadbiran yang lebih mantap untuk sesi baharu.
PERBINCANGAN USUL & KEBAJIKAN GURU
Mesyuarat turut memberi ruang kepada ahli untuk membahaskan usul-usul penting, khususnya yang melibatkan kebajikan guru KAFA, penambahbaikan sistem pengurusan serta cadangan memperkukuh peranan persatuan di peringkat daerah.
PENGHARGAAN BUAT GURU BERSARA
Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan, majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada guru-guru KAFA yang bersara wajib. Penghormatan ini menjadi simbol terima kasih atas dedikasi mereka dalam mendidik anak bangsa.
SUASANA AIDILFITRI PENUH UKHUWAH
Majlis diteruskan dengan Jamuan Aidilfitri yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Ia menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim antara guru-guru KAFA dari seluruh daerah Kuantan.
Semoga barisan kepimpinan baharu dapat meneruskan kecemerlangan persatuan serta memperkasakan lagi peranan guru KAFA dalam pembangunan ummah.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG DAN JAMUAN AIDILFITRI 2026
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
Gambar-gambar akan dikemaskini....















































.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)








Tahniah pergurukafa Kuantan, terus maju jaya.
ReplyDeleteAlhamdulillah atas sokongan semua..
Delete