langkah awal penyelarasan gerak kerja dan perancangan rapi bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan tersusun...
Kuantan, 12 Februari 2026 Satu mesyuarat khas bagi membincangkan pelaksanaan Program Khatam Al-Quran SAR KAFA Daerah Kuantan telah diadakan di Masjid Sungai Isap Damai.
Mesyuarat ini diadakan sebagai langkah awal penyelarasan gerak kerja dan perancangan rapi bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan tersusun. Cadangan tarikh pelaksanaan program tersebut adalah pada 27 Februari 2026, melibatkan penyertaan murid-murid SAR KAFA seluruh daerah Kuantan.
Turut mempengerusikan perbincangan bersama pihak masjid ialah Pengerusi Masjid, Tuan Sharafuddin Aisa, mantan Khadi Daerah Kuantan, yang turut memberikan pandangan serta sokongan penuh terhadap penganjuran program berbentuk pengimarahan al-Quran ini.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Ust Harmizi Hanafi, Pengerusi Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan, bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa (AJK) yang terlibat secara langsung dalam perancangan program. Perbincangan tertumpu kepada aspek penyelarasan peserta, pengurusan tempat, penyediaan sijil, serta kerjasama antara pihak masjid dan pihak sekolah.
Diharapkan Program Khatam Al-Quran ini bukan sahaja menjadi simbol kejayaan murid-murid dalam menamatkan bacaan al-Quran, bahkan mampu menyemarakkan lagi semangat cintakan al-Quran dalam kalangan warga SAR KAFA Daerah Kuantan serta masyarakat setempat.
Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dipermudahkan dan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyaallah.











COMMENTS