Taklimat Garis Panduan Pra Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Bagi Negeri Pahang

SHARE:

JENGKA, 7 Oktober 2025 – Telah berlangsung dengan jayanya Taklimat Garis Panduan Pra Tahfiz Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi Negeri...

Taklimat Garis Panduan Pra Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Bagi Negeri Pahang

JENGKA, 7 Oktober 2025 – Telah berlangsung dengan jayanya Taklimat Garis Panduan Pra Tahfiz Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi Negeri Pahang bertempat di Dewan Saidina Ali, Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka.

Taklimat yang bermula pada jam 9.00 pagi itu diadakan bagi memberi pencerahan dan penyeragaman pelaksanaan program Pra Tahfiz KAFA di seluruh negeri termasuk negeri Pahang yang telah disampaikan oleh pihak JAKIM sendiri.

Program ini turut dihadiri oleh seluruh wakil Kelas KAFA dari semua daerah dalam negeri Pahang dan juga para pegawai, penyelia, penyelaras KAFA serta guru-guru terlibat dalam pelaksanaan modul Pra Tahfiz.

Taklimat ini berakhir dengan sesi penutup yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain, DIMP., AMP.

Penganjuran taklimat ini diharap dapat memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan program Pra Tahfiz KAFA agar selaras dengan objektif pendidikan al-Quran di Negeri Pahang.

Suasana Taklimat Garis Panduan Pra Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Bagi Negeri Pahang:





































COMMENTS

BLOGGER
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :