Ibrah Kemerdekaan Malaysia ke 66

SHARE:

Nikmat kemerdekaan seakan tidak bermakna sekiranya kita masih mengamalkan gaya hidup yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan dibelenggu dengan...

Ibrah Kemerdekaan Malaysia ke 66

Pada tahun 1957, Tanah Melayu telah berjaya mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan bererti kita bebas untuk memerintah sendiri dan membina sebuah negara yang berdaulat. Dalam lipatan sejarah, kita telah berada di bawah cengkaman penjajah selama hampir 500 tahun. Pelbagai cabaran, kesengsaraan dan keperitan telah dirasai oleh nenek moyang kita di bawah pemerintahan Portugis, Belanda, British dan Jepun. Contohnya pada zaman Jepun, nenek moyang kita dahulu diperlakukan dengan zalim. Ada yang ditangkap, dipenjara dan dipancung kepala kerana dituduh sebagai penentang. Bekalan makanan tidak cukup hingga terpaksa makan apa sahaja yang ada seperti ubi kayu dan ubi gadung. Rakyat diselubungi ketakutan sepanjang masa.

Akhirnya, hasil perjuangan dan pengorbanan para ulama yang terdiri daripada guru-guru pondok, imam-imam masjid, pemimpin masyarakat dan pahlawan-pahlawan pada masa itu, kita berjaya memperoleh kemerdekaan. Sebab itulah kita sewajarnya bersyukur dengan kemerdekaan ini dan mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku. Allah Subhanahu wa Taala berfirman dalam Surah al-Dhuha ayat 11:

Yang bermaksud: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.”

Marilah kita menghayati perjuangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerdekakan umat Islam di Tanah Arab. Apabila Baginda berjaya membina negara Islam Madinah, kemudiannya membuka kota suci Makkah, agenda utama Baginda adalah membebaskan masyarakat Jahiliah yang dalam kegelapan, kesyirikan dan kekufuran kepada cahaya iman kepada Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 257:

Yang bermaksud: “Allah Pelindung (Yang Mengawal dan Menolong) orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman).”

Sebagai ketua sebuah negara Islam yang bebas merdeka, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga mengambil langkah utama iaitu menyatupadukan umat Islam supaya mereka berkasih sayang, bantu membantu dan bersatu padu sehingga mereka menjadi umat yang kuat. Sabda Baginda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

Yang bermaksud: “Kamu akan melihat orang beriman dalam hal saling mengasihi, mencintai dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuhnya akan terjaga (tidak boleh tidur) dan demam.”

Sesuai dengan falsafah kemerdekaan juga, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memimpin umatnya membebaskan diri daripada belenggu kejahilan. Ini kerana kemerdekaan bukan hanya bererti bebas dari sudut fizikal untuk bergerak ke sana ke sini, tetapi juga bebas rohani dan mental daripada kebodohan dan mengikut hawa nafsu. Antara tindakan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam adalah mendorong manusia menimba ilmu sebanyak mungkin berlandaskan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah membebaskan orang Arab daripada amalan-amalan syirik dan jahiliyyah seperti menyembah berhala, menanam anak perempuan hidup-hidup, percaya kepada sial dan tangkal serta bermacam-macam lagi kepercayaan karut. Pendeta Za’ba pernah berkata:

“Kemerdekaan itu maksudnya berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran.”

Pada hari ini, kita dilimpahi dengan pelbagai nikmat seiring dengan kemerdekaan yang telah kita capai selama 66 tahun. Namun demikian, nikmat kemerdekaan seakan tidak bermakna sekiranya kita masih mengamalkan gaya hidup yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan dibelenggu dengan pelbagai ideologi sesat. Tinggalkanlah gaya hidup yang bercanggah dengan syariat Islam. Contohilah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam segala hal walau siapapun kita. Jika kita seorang rakyat, jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Jika kita seorang pemimpin, memimpinlah selari dengan ajaran Allah Subhanahu wa Taala dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta laksanakanlah dakwah.

Salah satu daripada contoh kepimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang sepatutnya diikuti oleh pemimpin Islam hari ini ialah mengajak seluruh manusia memahami agama Islam dan beriman kepada Allah Subhanahu wa Taala. Hari ini terdapat masih ramai warganegara kita yang tidak beriman kepada Allah Subhanahu wa Taala kerana kelemahan dan kekurangan kita menyampaikan kefahaman Islam dan mengajak mereka menerima Islam. Menurut perlembagaan negara kita, umat Islam tiada halangan untuk menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam tetapi bukan sebaliknya. Jadi mengapakah sebahagian umat Islam rasa bersalah untuk menyampaikan dakwah Islam sedangkan ia dibenarkan oleh undang-undang. Marilah kita semua menyampaikan seruan dakwah mengikut kemampuan serta kedudukan masing-masing.

Yang bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.”

Kreadit Poster Asal : aimanabullah.com

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,3,Buku,30,Guru KAFA,142,Ihtifal,11,Info KAFA,647,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,3,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,51,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,229,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,156,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Ibrah Kemerdekaan Malaysia ke 66
Ibrah Kemerdekaan Malaysia ke 66
Nikmat kemerdekaan seakan tidak bermakna sekiranya kita masih mengamalkan gaya hidup yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan dibelenggu dengan...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYKoyAKJvoGQcPtG_HNfgcSSpwa1dimDpupKWleljzutL-r3n5S8ojYv3dKLBctmwlnm6dcVhCwnQZy9W_h7NcwUUMv-_q17xmW4VchJGfe7jcrAQAaPt7XK4A6gS8wghGRmQae8Q8nMPsZlAS67UnTApl2OY3FDOZPtR6w8FKXhrONFFUSkCLIGk_ajk/s16000/Ibrah%20Kemerdekaan%20ke%2066.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYKoyAKJvoGQcPtG_HNfgcSSpwa1dimDpupKWleljzutL-r3n5S8ojYv3dKLBctmwlnm6dcVhCwnQZy9W_h7NcwUUMv-_q17xmW4VchJGfe7jcrAQAaPt7XK4A6gS8wghGRmQae8Q8nMPsZlAS67UnTApl2OY3FDOZPtR6w8FKXhrONFFUSkCLIGk_ajk/s72-c/Ibrah%20Kemerdekaan%20ke%2066.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/09/ibrah-kemerdekaan-malaysia-ke-66.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/09/ibrah-kemerdekaan-malaysia-ke-66.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :