Tugas Guru KAFA

SHARE:

Tugas Guru KAFA merangkumi hal ehwal pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan peperiksaan serta pentadbiran seperti....

Tugas Guru KAFA

Setelah lulus temuduga Guru KAFA anda akan ditempatkan di premis yang telah ditetapkan oleh agensi berkenaan, maka terpikul amanah dan tanggungjawab yang perlu digalaskan oleh setiap guru KAFA. Tugas Guru KAFA ini terkandung di Bahagian VI - (Guru KAFA) perenggan yang ke 36 dalam "Peraturan-Peraturan Pelaksanaan Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (PKAFA) 2022".

Tugas Guru KAFA

Tugas Guru KAFA adalah 36 jam bekerja sebulan bersamaan dua belas (12) hari sebulan merangkumi hal ehwal pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan peperiksaan serta pentadbiran seperti yang berikut :

(a) Tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP) 

  1. mengajar semua mata pelajaran mengikut waktu yang ditetapkan;
  2. memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan;
  3. menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam Buku Rekod Mengajar (BRM);
  4. merekod kehadiran murid KAFA dalam Jadual Kehadiran Murid (JKM);
  5. menyediakan dan memberi latihan yang mencukupi serta memeriksa buku latihan murid KAFA;
  6. menjalankan pentaksiran dan merekod keputusan;
  7. mengenal pasti kelemahan murid KAFA dan menjalankan kelas bimbingan;
  8. memastikan keselamatan dan mengawasi kebersihan diri murid KAFA sepanjang sesi KAFA;
  9. menghadiri mesyuarat atau taklimat atau kursus atau bengkel atau apa-apa program yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh mana-mana pihak berautoriti;
  10. mengikuti perkembangan dan pembaharuan semasa berkaitan teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meningkatkan kompetensi; dan
  11. melaporkan kepada Guru Penyelaras tentang masalah pengajaran dan pembelajaran murid KAFA untuk tindakan susulan.

(b) Tugas pengurusan peperiksaan 

  1. mengemas kini data calon;
  2. membantu mengurus bank soalan;
  3. menyediakan soalan bagi ujian formatif dan sumatif;
  4. pengawasan peperiksaan;
  5. memeriksa skrip jawapan;
  6. merekod keputusan;
  7. menganalisis keputusan; dan
  8. menyediakan slip keputusan atau sijil.

(c) Tugas pentadbiran 

  1. menandatangani Buku Kehadiran 
  2. Guru (BKG) setiap kali hadir bertugas;
  3. mengemas kini maklumat dalam SIMPENI termasuklah maklumat Premis, Guru KAFA dan pengambilan, pendaftaran, pertukaran serta pemberhentian murid KAFA;
  4. mengawal dan menyelia keadaan di dalam bilik darjah;
  5. menyedia dan menguruskan surat menyurat antara pihak Premis dengan ibu bapa;
  6. mengurus kutipan yuran aktiviti-aktiviti KAFA;
  7. menjaga keselamatan bahan bantu mengajar (BBM) dan memastikan ia digunakan secara optimum;
  8. menyediakan jadual waktu mengajar Guru KAFA
  9. menyelaras penggunaan buku teks; 
  10. mengawasi kebersihan bilik darjah dan kawasan Premis; 
  11. merancang, melaksanakan dan melaporkan setiap aktiviti kokurikulum; dan 
  12. mengisi Laporan Kehadiran Bertugas Guru KAFA/ Guru Ganti KAFA (JAKIM(PKAFA)/LKB/006) dan mengemukakannya kepada Penyelia KAFA di daerah sebelum atau pada tujuh (7) haribulan pada bulan berikutnya.

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Tugas Guru KAFA
Tugas Guru KAFA
Tugas Guru KAFA merangkumi hal ehwal pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan peperiksaan serta pentadbiran seperti....
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiPBsLzald7H5Pk0jS007axlN4WEovPvSpPgwstPhSUndqe80buBPj2_I6Tbt3kWoeHAv6uHovMttZQ7detYkj1Sz6qI8SN40BaK_G2y3qXGegLkR8Bu5mq_zUMzzqr3MYoxCxAI_nr7F2kb9jvApy1HpVFMsdobPFpV6MsmHmZoOs71mcFiiOb2r5v=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiPBsLzald7H5Pk0jS007axlN4WEovPvSpPgwstPhSUndqe80buBPj2_I6Tbt3kWoeHAv6uHovMttZQ7detYkj1Sz6qI8SN40BaK_G2y3qXGegLkR8Bu5mq_zUMzzqr3MYoxCxAI_nr7F2kb9jvApy1HpVFMsdobPFpV6MsmHmZoOs71mcFiiOb2r5v=s72-w640-c-h360
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/03/tugas-guru-kafa.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/03/tugas-guru-kafa.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :