Siri 18 Tazkirah KAFA - Haji dan Perpaduan

SHARE:

Ibadah haji adalah simbol perpaduan. Berhimpunnya jemaah haji dari seluruh dunia di kota Mekah dan Madinah adalah satu pengajaran bahawa umat Islam...

Siri 18 Tazkirah KAFA - Haji dan Perpaduan

Haji adalah rukun Islam kelima yang wajib ke atas setiap muslim yang berkemampuan. Ibadah haji adalah simbol pengorbanan kepada agama. Keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda dalam menunaikan ibadah haji merupakan suatu pengajaran kepada kita sebagai hamba Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al-Hajj ayat 27:

Yang bermaksud: Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

Ibadah haji adalah simbol perpaduan. Berhimpunnya jemaah haji dari seluruh dunia di kota Mekah dan Madinah adalah satu pengajaran bahawa umat Islam diwajibkan berkasih sayang, saling menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kedudukan dan pangkat. Budaya kasih sayang dan saling bekerjasama perlu diikat oleh iman dan takwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Yang bermaksud: "Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat."

Hubungan dalam kalangan umat Islam hari ini amat longgar, budaya tegur menegur semakin luntur, jiran bersebelahan rumah tidak kenal mengenal. Ada juga yang tidak mengenali saudara mara dan kaum kerabat masing-masing. Umat Islam dilanda sindrom permusuhan dan hasad dengki. Ada segelintir yang sanggup menindas, mengkhianat, menzalimi malah hingga berbunuh-bunuhan. Inilah sebenarnya hasil daripada pendekatan dasar perpaduan yang tidak didasari kepada iman dan takwa. Sabda Rasululllah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Yang bermaksud: “Jangan kamu memutuskan hubungan, tidak bertegur sapa, membenci dan berhasad dengki, sebaliknya jadilah hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seseorang Islam tidak menegur saudaranya lebih daripada tiga hari.”

Ibadah haji adalah simbol persamaan taraf sesama manusia. Kewajipan berpakaian ihram yang seragam dalam kalangan jemaah haji tanpa mengira kedudukan dan pangkat, memberi pengajaran bahawa semua manusia di sisi Allah Subhanahu wa Taala adalah sama taraf. Prinsip inilah yang menjadi faktor penting kejayaan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam menegakkan agama dan daulah Islamiyah. Sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melayani masyarakat pada zamannya secara sama rata, tiada beza membeza sekalipun dengan anak sendiri. 

Marilah kita bersama-sama memahami pengajaran penting dalam ibadah haji untuk dilaksanakan dalam hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Mudahmudahan kita akan berbahagia di dunia dan akhirat. Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 197;

Yang bermaksud: “(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).”

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,138,Ihtifal,9,Info KAFA,641,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,228,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 18 Tazkirah KAFA - Haji dan Perpaduan
Siri 18 Tazkirah KAFA - Haji dan Perpaduan
Ibadah haji adalah simbol perpaduan. Berhimpunnya jemaah haji dari seluruh dunia di kota Mekah dan Madinah adalah satu pengajaran bahawa umat Islam...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ0kHtr5tNqC2J0HaxZbYCe505lEdAyjTUlUCNBBS3uKODb8LXlW1l5owNK6X0bBxWqac436M06DtWwuCKZubS2lBbMlAjcLiLQY2HuXnOibhoSMZP4wHEy_woQTrLm58IVzGwSmS6Fd4lCL28XvxA5D_MwAFlT6u3XUTcuinW-nIpj3ndFWtxKAlxlCU/s16000/haji%20dan%20perpaduan.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ0kHtr5tNqC2J0HaxZbYCe505lEdAyjTUlUCNBBS3uKODb8LXlW1l5owNK6X0bBxWqac436M06DtWwuCKZubS2lBbMlAjcLiLQY2HuXnOibhoSMZP4wHEy_woQTrLm58IVzGwSmS6Fd4lCL28XvxA5D_MwAFlT6u3XUTcuinW-nIpj3ndFWtxKAlxlCU/s72-c/haji%20dan%20perpaduan.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/06/siri-18-tazkirah-kafa-haji-dan-perpaduan.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/06/siri-18-tazkirah-kafa-haji-dan-perpaduan.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :