Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1444H

SHARE:

Pada setiap 17 Ramadan setiap tahun kita menyambut dan memperingati peristiwa nuzul al-Quran. Tarikh ini adalah berdasarkan pendapat al-Waqidi....

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1444H

Ramadan adalah merupakan bulan yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Taala. Bulan ini terdapat tiga peristiwa besar iaitu bulan yang diwajibkan berpuasa, turunnya al-Quran al-Karim dan Malam Lailatul Qadar. Menurut Imam al-Hakim, daripada Ibnu Abbas Radiallahu Anhu, al-Quran diturun pada malam lailatul qadar secara sekaligus daripada Lauhul Mahfudz ke langit dunia (Baitul Izzah). Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al Buruj ayat 21 hingga 22 :

Yang Bermaksud: “Bahkan ia adalah al-Quran yang mulia. (Lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Lauhul Mahfuz.”

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al Al Baqarah ayat 185 :

Yang bermaksud:"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang batil."

Setelah al-Quran diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala dari Lauhul Mahfudz ke Baitul Izzah maka al-Quran diturunkan melalui malaikat Jibril secara beransur-ansur kepada Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selama 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Ini bertujuan supaya manusia mudah memahami dan mengamalkan isi kandungan al Quran yang diturunkan.

Pada setiap 17 Ramadan setiap tahun kita menyambut dan memperingati peristiwa nuzul al-Quran. Tarikh ini adalah berdasarkan pendapat al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa penurunan wahyu kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermula pada hari Isnin, 17 Ramadan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitabnya al Bidayah Wa Nihayah.

Al-Quran adalah merupakan kalamullah yang wajib dimuliakan dan diangkat sebagai kitab yang paling mulia dan dihormati oleh umat Islam dan seluruh manusia. Perbuatan mencela dan menghina al-Quran dengan membakar dan membuangnya, baru baru ini adalah perbuatan keji dan terkutuk. Umat Islam hendaklah mempertahan dan memartabatkan kemuliaan al-Quran kerana al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala kepada manusia dan Allah sentiasa meliharanya. Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al Hijr ayat 9:

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran, dan Kami-lah yang memelihara dan menjaganya.

Memulia dan mengagungkan al-Quran adalah dengan cara belajar, membaca, beramal serta bertadabur dengan isi kandungannya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. 

Pada bulan Ramadan ini kita digalakkan bertadarus kerana ia adalah amalan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam iaitu bertadarus dengan Jibril Alaihi Salam. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah manusia yang paling pemurah (banyak bersedekah) terutama di bulan Ramadan ketika malaikat Jibril Alaihi Salam menemuinya. Jibril Alaihi Salam datang kepada Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam setiap malam pada bulan Ramadan, iaitu bertadarus al-Quran.”

Marilah kita mempelajari dan membaca al-Quran dengan cara tartil (perlahan-lahan dan bertajwid), jangan kita bergopoh-gapah semasa membaca al-Quran semata-mata ingin mengkhatamnya dalam bulan Ramadan. Belajar dan bacalah al-Quran kerana mencari keredaan dan rahmat Allah Subhanahu wa Taala walaupun kita membacanya dalam keadaan tidak lancar. Sabda Rasulullah  Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:

“Orang yang mahir dengan bacaan al-Quran, maka ia beserta para malaikat yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”

Di bulan Ramadan yang mulia ini, janganlah kita menghabiskan masa kita dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah seperti terlalu leka melayan Whatsapp, Tiktok, Facebook dan lain-lain. Marilah kita mengajak seluruh ahli keluarga kita membaca al-Quran pada bulan Ramadan ini dan bersama-sama melipat gandakan amalan untuk menghidupkan sepuluh malam terakhir di masjid. Semoga kita akan beroleh keredaan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Taala di dunia dan akhirat.

Yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan hidayah petunjuk kepada (jalan) yang lebih benar (agama Islam) dan memberikan khabar gembira kepada orang yang beriman yang melakukan amalan soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,4,Buku,31,Guru KAFA,145,Ihtifal,11,Info KAFA,652,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,4,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,53,Pergukafa,94,Persatuan,2,Program,232,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,2,Tazkirah KAFA,19,UPKK,159,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1444H
Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1444H
Pada setiap 17 Ramadan setiap tahun kita menyambut dan memperingati peristiwa nuzul al-Quran. Tarikh ini adalah berdasarkan pendapat al-Waqidi....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3TqkmC7dfWO9q05w8izBEqfpyE5TznLOqaJPTYYkSZ_WVWnSUT1HbkRTePq1JSSWdqofPqtWVT2oqS_RH5GybqXo-ryZYBzXje5oRDKxKhx_VxOPPZZHaY9L2CSQbebWrjbp5GTItSK1NJyLb_a-nVHNc8O0iEmrNu96kPNGR31Ol_FDuunAAmPSi/s16000/5e699fde25694-janji-allah-kepada-hamba-nya-dalam-alquran_1265_711.webp
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3TqkmC7dfWO9q05w8izBEqfpyE5TznLOqaJPTYYkSZ_WVWnSUT1HbkRTePq1JSSWdqofPqtWVT2oqS_RH5GybqXo-ryZYBzXje5oRDKxKhx_VxOPPZZHaY9L2CSQbebWrjbp5GTItSK1NJyLb_a-nVHNc8O0iEmrNu96kPNGR31Ol_FDuunAAmPSi/s72-c/5e699fde25694-janji-allah-kepada-hamba-nya-dalam-alquran_1265_711.webp
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/04/selamat-menyambut-nuzul-al-quran-1444h.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/04/selamat-menyambut-nuzul-al-quran-1444h.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :