Siri 11 Tazkirah KAFA - Kelebihan Bulan Syaaban dan Nisfu Syaaban

SHARE:

Amalan membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali, berdoa, bertahlil, berwirid dan sebagainya. Amalan sebegini adalah termasuk amalan yang menghidupkan..

Kelebihan Bulan Syaaban dan Nisfu Syaaban

Syaaban adalah bulan yang kelapan dalam kalendar Islam. Dinamakan bulan Syaaban kerana padanya terdapat kelebihan yang banyak. Sebahagian daripada ulama turut mengatakan bahawa memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban adalah sebagai persediaan untuk menghadapi kehadiran Ramadan. Imam Dzu al-Nun al-Mishri mengatakan, “Rejab adalah bulan menanam, Syaaban bulan menyiram, dan Ramadan bulan menuai. Setiap orang akan menuai atas apa yang ia tanam. Sesiapa yang mensia-siakan tanaman akan menyesal pada hari menuai."

Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah al-Hajj ayat 77

Yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Rukuklah kamu, sujudlah kamu (mendirikan solat), sembahlah Tuhanmu (dengan mentauhidkanNya) dan berbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan (di dunia dan di akhirat)!”.

Ayat 77 surah al-Hajj adalah dalil umum bahawa kita diperintahkan supaya mendirikan solat dan melakukan pelbagai ketaatan kepada Allah Subhanahu waTa’ala sepanjang masa termasuklah bulan dan malam nisfu Syaaban.

Menurut pendapat sebahagian ulama, antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyakkan berpuasa sunat. Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’ban berbanding bulan-bulan yang lain. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanya kenapa baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Nasa’ie :

hadis riwayat imam an nasa'ie

Yang bermaksud: “Itulah bulan yang ramai orang lalai (tentang keistimewaannya), ia berada antara (bulan) Rejab dan Ramadan. Ia juga adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam. Maka aku suka amalanku diangkat, ketika itu aku (sedang) berpuasa”.

Bersegeralah menggantikan puasa yang di tinggalkan pada bulan Ramadan yang lepas sekiranya ada. Saidatuna A’isyah Radiyallahuanha berkata dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:

imam bukhari dan muslim


Yang bermaksud: Aku mempunyai (hutang) puasa (wajib) di bulan Ramadan, aku tidak dapat mengqadhanya (mengantinya) kecuali di bulan Sya’ban.

Pada malam Nisfu Syaaban adalah malam yang kita digalakkan supaya menghidupkannya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran,bertaubat dan beristighfar serta Qiamullail dengan solat-solat sunat. Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah memberi kelebihan secara khusus pada malam Nisfu Syaaban dengan menjanjikan keampunan kepada semua hamba-Nya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah:


Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memerhatikan (para hambanya) pada malam Nisfu Sya’ban, Maka (lalu) Dia mengampunkan (dosa-dosa) kesemua makhluknya (yang beriman), melainkan orang yang syirik dan orang yang bermusuhan (sesama mereka).”

Pada malam Nisfu Syaaban telah menjadi amalan masyarakat Islam di Malaysia dan negara Islam yang lain membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali, berdoa, bertahlil, berwirid dan sebagainya. Amalan sebegini adalah termasuk amalan yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. Malah disebutkan oleh Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya Fadha’il al-Ayyam wa al-Syuhur antara amalan para solehin pada malam ini selepas solat fardu Maghrib dan Sunat Ba’diahnya ialah dibaca surah Yaasin 3 kali. Jika sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib mereka akan melakukannya selepas solat Isyak.

Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu malam itu adalah amalan salafussoleh dan mereka sangat mengalakkan supaya membaca al-Quran pada waktu malam walaupun sekejap dan membaca surah Yaasin juga adalah termasuk daripada membaca al-Quran. Telah diriwayatkan daripada Ibrahim An-Nakhaie beliau telah berkata :


Yang bermaksud: Bacalah kamu semua akan al-Quran pada waktu malam walaupun selama kadar masa memerah susu kambing.

Malam Nisfu Syaaban juga adalah waktu mustajab doa. Imam al-Syafi’i menyatakan dalam kitab al-Umm:

“Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam: Malam Jumaat, malam Hari Raya Idul Adha, malam hari raya Idul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Apabila kita telah mengetahui betapa besarnya kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada bulan Syaaban ini, maka sewajarnya kita merebut peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya. Marilah kita bersama-sama mengajak ahli keluarga dan saudara mara serta jiran tetangga untuk mendirikan solat berjemaah di masjid-masjid, menghadiri majlis-majlis ilmu, memperbanyakkan puasa sunat, membaca al-Quran, menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan lain-lain lagi. Ini semua dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Renungilah Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali-‘Imran ayat 133 :

surah Ali-‘Imran ayat 133

Yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa”.

Sumber Khutbah Jumaat yang diterbitkan oleh : Jabatan Mufti Negeri Pahang (3/3/2023)

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,3,Buku,30,Guru KAFA,142,Ihtifal,11,Info KAFA,647,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,3,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,51,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,229,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,156,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 11 Tazkirah KAFA - Kelebihan Bulan Syaaban dan Nisfu Syaaban
Siri 11 Tazkirah KAFA - Kelebihan Bulan Syaaban dan Nisfu Syaaban
Amalan membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali, berdoa, bertahlil, berwirid dan sebagainya. Amalan sebegini adalah termasuk amalan yang menghidupkan..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAxKes63YzbJkPKeigA9tygonomy09gEZsqDqApLPrc4gFnSTiNPECT-Tdl3Ey8HGTVnqTCDfVfleg0fB7h5thOm44hMLieuk8A65I-aEt-AUZ3N6--rORW-w3J7zvAy_9a5vq4sL-w7R1cjih16cguyh8ZNUzaTftckjAbVDMqoOi0wf6AHzd3-lm/s16000/kelebihan%20bulan%20syaaban%20dan%20nisfu%20syaaban.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAxKes63YzbJkPKeigA9tygonomy09gEZsqDqApLPrc4gFnSTiNPECT-Tdl3Ey8HGTVnqTCDfVfleg0fB7h5thOm44hMLieuk8A65I-aEt-AUZ3N6--rORW-w3J7zvAy_9a5vq4sL-w7R1cjih16cguyh8ZNUzaTftckjAbVDMqoOi0wf6AHzd3-lm/s72-c/kelebihan%20bulan%20syaaban%20dan%20nisfu%20syaaban.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/03/siri-11-tazkirah-kafa-kelebihan-bulan.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/03/siri-11-tazkirah-kafa-kelebihan-bulan.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :