Siri 3 Tazkirah KAFA - Integriti dalam Pekerjaan

SHARE:

Sifat seseorang yang berintegriti adalah sifat seseorang yang berakhlak mulia yang membentuk keluarga bahagia dan harmoni berlandaskan nilai-nilai....

Integriti dalam Pekerjaan

Tazkirah kali ini cuba memberi kefahaman tentang maksud integriti. Integriti bermaksud kejujuran dan ketelusan, inilah sebahagian daripada nilai-nilai penting (akhlak mulia) yang berperanan untuk membina tingkah laku dan sahsiah manusia untuk menjadi mulia. 

Contoh integriti yang perlu diikuti ialah sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda telah memaparkan sunnah (cara hidup) dirinya sebagai hamba Allah yang berintegriti tinggi (bersifat jujur), sehingga dikenali sebagai ‘al-Amin’, yang bererti ‘yang sangat dipercayai’ di kalangan masyarakat Baginda.

Empat nilai keperibadian dan sifat terpuji Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang mendokong maksud serta menjadi teras kepada nilai integriti iaitu As-Siddiq (berkata benar), Amanah (dipercayai), Tabliq (menyampaikan), Fatanah (bijaksana). Seperti yang disebutkan dalam Al-Quran:

Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam Surah al-Ahzab ayat 21:
Surah al-Ahzab ayat 21
Yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu contoh teladan yang terbaik (iaitu) bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat dan banyak menyebut serta mengingati Allah (dalam masa susah dan senang).”

Sifat seseorang yang berintegriti adalah sifat seseorang yang berakhlak mulia yang membentuk keluarga bahagia dan harmoni berlandaskan nilai-nilai Islam yang berpaksikan akidah tauhid bagi menyelesaikan kemelut peribadi, keluarga, organisasi dan negara. 

Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala yang menceritakan kejujuran dan ketelusan Nabi Musa A.S. seperti yang disebutkan dalam surah Al- Qasas ayat 26:
Surah al-qasas ayat 26
Yang bermaksud:“Berkata salah seorang daripada mereka (dua orang anak perempuan Nabi Syu’aib alaihis salam): ‘Wahai ayah, ambillah dia (Nabi Musa alaihis salam) menjadi orang upahan (bagi mengembala kambing kita). Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.

Ayat ini membawa maksud kepimpinan Nabi Musa Alaihis Salam yang berintegriti kerana Baginda telah melaksanakan tugasan dengan penuh amanah, sempurna dan kejujuran yang sangat tinggi.

Sifat seseorang muslim yang berintegriti adalah bersifat amanah dan bertakwa kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala seperti yang disebut dalam Al-Quran surah Al-Anfal:
Surah al-anfal ayat 27
Yang bermaksud: "Manusia yang tidak menegakkan nilai integriti iaitu tidak jujur dan tidak amanah akan menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam aktiviti kemaksiatan seperti khususnya mengamalkan amalan rasuah dan mengakibatkan kepincangan dalam sesebuah keluarga dan kehidupannya."

Allah Subhanahu wa-Ta’ala menegaskan dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Surah al-Baqarah ayat 188
Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memakan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan integriti iaitu bersifat jujur, telus dan amanah yang bermaksud seseorang yang sentiasa suka melakukan amalan yang baik untuk mencapai keredaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 195:
Surah al-Baqarah ayat 195
Yang bermaksud:“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah (untuk menegakkan agama Allah) dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berbuat baik.”

Sumber Asal Khutbah Jumaat - Jabatan Mufti Negeri Pahang (06/01/2023)

Siri-Siri Tazkirah KAFA yang Lepas:

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,3,Buku,30,Guru KAFA,142,Ihtifal,11,Info KAFA,647,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,3,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,51,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,229,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,156,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 3 Tazkirah KAFA - Integriti dalam Pekerjaan
Siri 3 Tazkirah KAFA - Integriti dalam Pekerjaan
Sifat seseorang yang berintegriti adalah sifat seseorang yang berakhlak mulia yang membentuk keluarga bahagia dan harmoni berlandaskan nilai-nilai....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfWrZjxw3ZkrnW6Rl1kbtzMoxp103C8fmnK-8MXKFhrhQ0mR2QcXcCUry2Q1utSkLaNZ7-lIA2tzvnj3x2Pz-RtRTaBbgYS9oWOlt7eCsduIgw4LK3dGIkeNrquUnBKTK3SH1P2zspHRlgqAiBsVmHOgsYXdybPCoU6jzeU9MAh2aNSXo4pZRqV0wO/w640-h360/siri%203%20tazkirah%20kafa%20-%20Integriti%20dalam%20pekerjaan.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfWrZjxw3ZkrnW6Rl1kbtzMoxp103C8fmnK-8MXKFhrhQ0mR2QcXcCUry2Q1utSkLaNZ7-lIA2tzvnj3x2Pz-RtRTaBbgYS9oWOlt7eCsduIgw4LK3dGIkeNrquUnBKTK3SH1P2zspHRlgqAiBsVmHOgsYXdybPCoU6jzeU9MAh2aNSXo4pZRqV0wO/s72-w640-c-h360/siri%203%20tazkirah%20kafa%20-%20Integriti%20dalam%20pekerjaan.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/01/siri-3-tazkirah-kafa-integriti-dalam.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/01/siri-3-tazkirah-kafa-integriti-dalam.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :