Siri 2 Tazkirah KAFA - Hiburan dalam Islam

SHARE:

Islam tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar daripada batas syarak. Hiburan adalah sebahagian nikmat dunia yang harus....

Siri 2 Tazkirah KAFA - Hiburan dalam Islam

Fitrah manusia perlukan hiburan dalam kehidupan. Hiburan ialah sesuatu yang boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran. Islam tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar daripada batas syarak. Hiburan adalah sebahagian nikmat dunia yang harus dimanfaatkan oleh orang beriman dengan cara yang betul. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah al-A’raaf ayat 32 :
surah al-a'raaf ayat 32
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat".

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri memahami kecenderungan manusia kepada hiburan. Ketika Saidatina Aisyah membantu seorang perempuan Ansar untuk persediaan majlis perkahwinannya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis Riwayat Imam al-Bukhari:
hadis riwayat iman al bukhari
Yang bermaksud: “Wahai ‘Aisyah, tidak adakah sebarang hiburan dalam majlis perkahwinan ini? Sesungguhnya kaum Ansar amat menyukai hiburan.

Diriwayatkan juga bahawa Sayyidina Umar RA pernah mendengar seorang lelaki menyanyi di padang pasir, lalu beliau berkata, yang bermaksud, nyanyian itu merupakan bekalan bagi seorang pengembara.

Masih banyak kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan zaman para sahabat yang menunjukkan kepada kita bahawa Islam sama sekali tidak melarang untuk berhibur.

Apa yang menyedihkan kita pada hari ini ialah hiburan telah membawa kepada kerosakan terhadap umat Islam. Mengapa ini berlaku? Mari kita memahami fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Mesir,

“Mendengar muzik dan nyanyian serta menghadiri konsert adalah harus jika lagu-lagu yang dimainkan berunsur keagamaan dan menyeru kepada patriotisme dan semangat kenegaraan, atau yang menzahirkan kegembiraan sempena perayaan dalam keadaan mengelakkan percampuran bebas lelaki dan perempuan. Selain itu, nyanyian itu sendiri bebas daripada unsur keji, dosa dan perkara yang diharamkan seperti arak dan kelucahan, tidak menimbulkan nasfu syahwat serta tidak melalaikan daripada perkara-perkara yang wajib.”

Pada hakikatnya bukanlah hiburan itu yang dilarang, yang dilarang ialah senikata lagu yang tidak baik, berlakunya pergaulan bebas semasa berhibur, mendedah aurat dan lain-lain maksiat. Tambah menyedihkan lagi apabila hiburan itu menyebabkan kita meninggalkan solat dan melakukan maksiat. 

Penganjuran konsert secara melampau seperti sambutan hari Halloween tidak patut dilakukan. Sambutan tahun baru 2023 akan datang ini hendaklah kita menjauhi sekiranya pengisian sambutan itu boleh mengundang kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Janganlah kita meniru budaya songsang dari luar negara yang boleh merosakkan akidah, akhlak dan peradaban kita sebagai orang Islam. Benarlah sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Yang bermaksud: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Marilah kita semua mengubah cara hidup masyarakat Islam di negara ini kita dengan mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan cara yang paling asas iaitu solat berjemaah di masjid. Alangkah indahnya apabila anak muda memenuhi masjid terutamanya pada waktu maghrib, isyak dan subuh serta mereka menerima pengisian ilmiah. Untuk menjayakannya hendaklah setiap kepimpinan berjemaah bersama dengan orang di bawah pimpinannya. Beginilah qudwah yang ditarbiahkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka lahirlah sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu, Sayyidina Umar Radhiallahu anhu dan lain-lain. 
ayat al quran

Yang bermaksud: “Dan (Allah berfirman lagi), “Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, pastilah Kami akan membuka (Pintu pengurniaan) untuk mereka yang melimpah ruah keberkatannya dari langit dan bumi. Tetapi, mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan perbuatan mereka.”

Sumber asal khutbah Jumaat - Jabatan Mufti Negeri Pahang (30/12/2022)

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 2 Tazkirah KAFA - Hiburan dalam Islam
Siri 2 Tazkirah KAFA - Hiburan dalam Islam
Islam tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar daripada batas syarak. Hiburan adalah sebahagian nikmat dunia yang harus....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtiJnW9UdDcE1PFoz-JbweAYBFFjMvlel5y8SwFIkln0oioLrlrjudwAy96s915UgwtVwzhzeXX8g7VKgDGTQBZm_Rvtd3UQoJQZ6Ct10d5CwZ5MNJ0MIySxRtuex5_1Kft_La9vm2bNHQSwh6pEltYJXutQHxUgI-9J4BB03gbXRx2CuynmD8Esr6/w640-h360/siri%202%20tazkirah.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtiJnW9UdDcE1PFoz-JbweAYBFFjMvlel5y8SwFIkln0oioLrlrjudwAy96s915UgwtVwzhzeXX8g7VKgDGTQBZm_Rvtd3UQoJQZ6Ct10d5CwZ5MNJ0MIySxRtuex5_1Kft_La9vm2bNHQSwh6pEltYJXutQHxUgI-9J4BB03gbXRx2CuynmD8Esr6/s72-w640-c-h360/siri%202%20tazkirah.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/12/siri-2-tazkirah-kafa-hiburan-dalam-islam.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/12/siri-2-tazkirah-kafa-hiburan-dalam-islam.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :