Semoga kita semua mengambil kesempatan tahun baru ini sebagai satu titik mula untuk sesuatu yang baru dan lebih baik disamping menjadikan peristiwa...
Kami Persatuan Guru SAR KAFA Daerah Kuantan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 buat semua warga SAR KAFA daerah Kuantan, Negeri Pahang dan seluruh Malaysia amnya.
Semoga kita semua mengambil kesempatan tahun baru ini sebagai satu titik mula untuk sesuatu yang baru dan lebih baik disamping menjadikan peristiwa pahit yang lalu sebagai iktibar untuk menempuh tahun 2023 yang lebih mencabar.
Kita juga perlu memanfatkan ruang yang ada untuk menjadikan azam tekad untuk tahun baru ini sebagai satu matlamat yang harus dicapai. Dengan ini sama-samalah kita merenung sejenak kata-kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah sebagai satu pedoman di dalam kehidupan.
Rugilah orang yang hari ini sama sahaja dengan hari semalam. Celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam.
Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Semoga segala impian dan cita – cita ini terlaksana dengan aman damai.
Sekali lagi diucapankan "Selamat Tahun Baru 2023" buat seluruh warga SAR KAFA seluruh Malaysia.
Ustaz Harmizi bin Hanafi
YDP
Persatuan Guru KAFA Negeri Pahang
Pengerusi
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan.
COMMENTS