Apa yang anda akan dapat dalam panduan ujian lisan UPKK ini? Faham bagaimana pembahagian Ujian Lisan UPKK. Akan tahu bagaimana pembahagian markah...
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) mempunyai lapan subjek utama iaitu tiga subjek secara lisan dan lima subjek lagi secara bertulis, semua ada dibincangkan dalam Panduan Ujian Lisan UPKK di bawah.
Ujian lisan UPKK terdiri dari tiga subjek iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Al-Quran manakala bertulis adalah Sirah, Jawi, Ulum Syariah (Ibadah/Aqidah), Adab dan Lughatul Quran.
Panduan ujian lisan UPKK ini berdasarkan format yang telah guna pakai dalam peperiksaan lisan UPKK. Panduan ini bertujuan untuk memudahkan semua, terutama pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPKK nanti. Ia juga sangat sesuai bagi guru-guru KAFA yang baru dan lama, sebagai panduan dan rujukan untuk melakukan ujian terhadap pelajarnya nanti.
Panduan ujian lisan UPKK ini mengandungi tiga video iaitu :
- Panduan Ujian Lisan UPKK (Amali Solat).
- Panduan Ujian Lisan UPKK (PCHI).
- Panduan Ujian Lisan (Al-Quran).
Apa yang anda akan dapat dalam panduan ujian lisan UPKK ini?
- Faham bagaimana pembahagian Ujian Lisan UPKK.
- Akan tahu bagaimana pembahagian markah Ujian Lisan UPKK.
- Tahu bentuk soalan Ujian lisan UPKK.
- Tahu bagaimana nak skor A dalam Ujian Lisan UPKK.
- Ada contoh soalan sebagai rujukan.
- Rasa bersedia untuk menghadapi Ujian Lisan UPKK nanti.
Panduan Ujian Lisan UPKK (Amali Solat) :
Biasanya akan bermula pada bulan Febuari hingga bulan Ogos, bagi sesi tahun 2022/2023 ini mungkin bermula pada bulan April. Tarikh bila bermula itu tidak penting, yang penting bagaimana persediaan untuk menghadapi ujian lisan UPKK ini. Bila kita dah bersedia, bila-bila sahaja ujian pun tidak kisah...
Sila tonton video penuh dalam YouTube jangan lupa, subscribe, like dan share channel ini.
Panduan Ujian Lisan UPKK (PCHI) :
Tarikh bermula ujian lisan UPKK untuk PCHI ini adalah sama dengan ujian lisan Amali Solat. Apa yang perlu anda perlu tahu bagaimana ujian ini dijalankan. Sila tonton video di bawah untuk melihat kandungan penuh.
Panduan Ujian Lisan UPKK (Al-Quran) :
Biasanya ujian lisan UPKK bagi Al-Quran ini akan diadakan sebulan sebelum peperiksan bertulis UPKK. Contoh peperiksaan UPKK bertulis pada bulan November, ujian lisannya akan diadakan pada bulan Oktober.
Untuk lebih detil sila tonton vidoe di bawah mengenai Ujia lisan UPKK (Al-Quran).
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Sekali lagi sebagai tanda sokongan mohon subscribe, like dan share channel Ustaz Kampung ini. Untuk mendapatkan video-video berkaitan pembelajaran kelas KAFA secara online atau berkaitan UPKK boleh terus ke channel YouTube di bawah :
kote
ReplyDeletefuhh saya dah la minggu depan upkk
ReplyDelete