Diharapkan Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) akan terus mengadakan taklimat dan kursus seumpama ini untuk semua ahli...
Alhamdulillah dengan jayanya telah selesai Program Taklimat Penggunaan Buku Aktiviti KAFA dan Kursus Pengurusan Fail SAR KAFA Peringkat Daerah Kuantan yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 3.30 petang, bertarikh 3/12/2022, bertempat di Dewan Kolej Komuniti Indera Mahkota.
Program di mulakan dengan sesi taklimat pengunaan buku aktiviti KAFA yang telah disampaikan oleh wakil Penerbit Pustaka An Nadwa iaitu Jamaludin Musleh.
Seterusnya sesi kedua iaitu Kursus Pengurusan Fail SAR KAFA Peringkat Daerah Kuantan yang telah disampaikan oleh Penyelia KAFA Negeri Pahang iaitu Ustaz Naim.
Seramai lebih 120 orang telah hadir iaitu terdiri dari Guru Besar / Pentadbir atau wakil SAR KAFA dari seluruh zon dalam daerah Kuantan iaitu Zon 1, Zon 2 (Kuantan Barat) dan Zon 3, Zon 4 ( Kuantan Lestari).
Majlis persamian penutup juga telag disampaikan oleh Penyelia KAFA Negeri Pahang (Ustaz Naim) wakil kepada Alfadhil Tuan Qadhi yang tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
Diharapkan Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) akan terus mengadakan taklimat dan kursus seumpama ini untuk semua ahli persatuan dalam meningkatkan ukhwah sesama ahli dan juga meningkat mutu kerja KAFA dan Guru KAFA amnya.
Gambar Berkaitan :
Sumber gambar : Cameraman Ustaz Abdul Halim Abdullah
COMMENTS