Aplikasi semakan online peperiksaan ini adalah sambungan dari aplikasi pemarkahan offline dahulu iaitu ezMARKAH kerana semua data untuk membina sistem
Alhamdulillah berjaya juga menyiapkan satu lagi aplikasi berkaitan pemarkahan peperiksaan kelas KAFA. Iaitu semakan online peperiksaan kelas KAFA. Ia sesuai untuk semua peperiksaan KAFA iaitu Peperiksaan Pertenghan Tahun dan Akhir Tahun KAFA serta Peperiksaan Percubaan UPKK KAFA.
Aplikasi semakan online peperiksaan ini adalah sambungan dari aplikasi pemarkahan offline dahulu iaitu ezMARKAH kerana semua data untuk membina sistem ini diambil dari data ezMARKAH.
Tujuan aplikasi ini dibina adalah bagi memudahkan ibu bapa/ penjaga membuat semakan dan muat turun slip peperiksaan secara online peperiksaan kelas KAFA anak masing-masing. Ibu bapa hanya perlu isi nombor kad pengenalan pelajar sahaja untuk mengakses masuk untuk melihat keseluruhan keputusan peperiksaan kelas KAFA yang diduduki oleh anak mereka.
Untuk melihat bagaimanakah rupa bentuk aplikasi semakan online peperiksaan kelas KAFA yang telah digunakan oleh KAFA admin, boleh tengok dan test di bawah.
Sila isi "Nombor Kad Pengenalan" di bawah untuk mencuba aplikasi semakan online KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP :
1234567890
Video Pengenalan Aplikasi Semakan Online Peperiksaan Kelas KAFA
Jika ezMARKAH sebelum ini anda perlu plug and play sahaja untuk menggunakannya. Aplikasi semakan online ini memerlukan sedikit kemahiran IT anda membinanya sendiri berdasarkan data dari ezMARKAH, mudah.... copy paste sahaja.
Ada yang berminat tak mencubanya untuk KAFA masing-masing???. Jika ada yang berminat Inysa-Allah admin akan buat satu tutorial bagaimanakah cara membina aplikasi sistem semakan online peperiksaan kelas KAFA mengunakan :
- SIMPENI (data maklumat pelajar)
- ezMARKAH (data offline)
- Google Sheets (data online)
- Google Docs (slip peperiksan online)
- Data Studio (sistem semakan online)
Lima aplikasi di atas adalah berhubung kait antara satu lain untuk mewujudkan satu sistem semakan online yang lengkap.
Jom sama-sama kita naikkan imej dan mutu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kita.
ezMARKAH versi 1.6 untuk Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun KAFA boleh muat turun di sini :
ezMARKAH versi 3.0 untuk Peperiksaan Percubaan UPKK boleh muat turun di sini :
COMMENTS