Aplikasi ezMARKAH v3.4 ini adalah aplikasi khas sistem pemarkahan peperiksaan percubaan UPKK. Ia adanya lebih mudah dan senang digunakan seb...
Aplikasi ezMARKAH v3.4 ini adalah aplikasi khas sistem pemarkahan peperiksaan percubaan UPKK. Ia adanya lebih mudah dan senang digunakan sebab itu dipanggil ezMARKAH.
ezMARKAH v3.4 ini adalah versi baru dibina khusus untuk Sistem Pemarkahan Peperiksaan Percubaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Ia adalah versi ORIGINAL daripada admin sendiri. Anda hanya perlu Plug and Play sahaja dan terus boleh guna dengan mudahnya. InsyaAllah versi ini bebas dari kesalahan formula setelah disemak berulang kali.
Ia mengikut format kolum sebenar UPKK mengandungi 8 subjek UPKK iaitu :
- Amali Solat
- PCHI
- Bidang Al-Quran
- Ulum Syariah
- Jawi dan Khat
- Sirah
- Adab
- Lughatul Quran
🔍ISI KANDUNGAN ezMARKAH v3.4
- Home
- Maklumat
- Daftar Pelajar
- Markah Keseluruhan
- Analisa Gred
- Slip Percubaan UPKK (Jawi)
Home
Home seperti gambar di bawah merupakan tool tambahan terbaru dalam ezMARKAH v3.4 ini. Ia mengandungi logo main point kepada semua tool yang di dalam ezMARKAH v3.4 ini.
Maklumat
ezMARKAH v3.4 versi terbarubaru ini dengan navbar menu atas ala-ala website gitu.... menggantikan sheet di bawah (dibuang). Ia merupakan maklumat utama kepada semua maklumat dalam ezMARKAH. Anda hanya perlu tukar semua maklumat di atas kepada maklumat sekolah atau KAFA anda. Ia akan terus dijana secara automatik ke bahagian navbar menu yang lain.
Daftar Pelajar
Anda TIDAK DIGALAKKAN taip satu persatu "NAMA dan No. IC", untuk mengelakan sebarang kesalahan, tertinggal ke salah nama ke, salah ic ke. Download semua data dari SIMPENI ke dalam laptop atau PC anda dan copy paste data nama dan ic dalam ezMARKAH.
Anda hanya perlu isi di bahagian "NAMA" dan "NO. IC" sahaja. Jantina dijana secara auto, jika nombor akhirnya ganjil "itulah adalah bagi lelaki (L)", jika nombor akhirnya "genap itu adalah bagi perempuan (P)".
Markah Keseluruhan
Di bahagian markah ini anda hanya perlu isi markah dan kedatangan sahaja, di ruang lain ia dijana secara automatik.
Analisa Gred
Bahagian ini juga dijana sepenuhnya secara automatik, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Ia adalah analisa gred, peratus semua subjek percubaan UPKK untuk rujukan anda.
Slip Percubaan UPKK
Bahagian slip ini juga dijana secara automatik sepenuhnya. Sila pilih "Spin Button" nama dan nombor kira atau kanan untuk mencetak slip peperiksaan.
📥MUAT TURUN / DOWNLOAD
Fail yang terkandung dalam muat turun:
- ezMARKAH v3.4
- Borang Markah Kosong Percubaan UPKK
- Software Jawi UKM
- Panduan ezMARKAH v3.4
Sila daftar dalam Google Form pada link di bawah untuk mendapatkan LINK DOWNLOAD dan PASSWORD WINRAR & EXCEL. Link dan password akan diberikan secara automatik melalui emel sebaik sahaja anda submit pendaftaran tersebut.
Berminat nak mencuba ezMARKAH v1.6 untuk peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun boleh muat turun dalam link di bawah :
Pendaftaran ini bertujuan untuk rekod dan analisa penggunaan ezMARKAH ini sahaja.
- [message]
- 📢📢📢PERHATIAN!!!
- JANGAN GUNA TELEFON BIMBIT ANDA UNTUK MENDOWNLOAD, SILA DOWNLOAD DAN BUKA MENGGUNAKAN PC ATAU LAPTOP ANDA. KERANA KITA MELAKUKAN KERJA KEYIN DATA INI DALAM EXCEL.
ezMARKAH v3.4
Seperti penerangan semua di atas.
Borang Markah Kosong
Turut disediakan dalam folder di atas borang kosong bagi memudahkan penanda kertas jawapan mengisi markah sebelum di keyin dalam ezMARKAH. Sila printr untuk diberi kepada guru penanda kertas jawapan.
Software Jawi UKM
Dalam folder muat turun juga disertakan dengan Software JAWI UKM kerana ezMARKAH menggunakana tulisan jawi ini. Jawi ini boleh digunakan dalam semua hal jika perlu seperti word, photoshop, edit video semua boleh guna font jawi ini.
Jika tiada sila install software dan font jawi tersebut. Rujuk sini cara install software dan font Jawi UKM.
Panduan ezMARKAH v3.4
Anda perlu baca panduan ringkas ini, jika ada masalah berkaitan dengannya.
📝DAFTAR UPDATE ezMARKAH v3.4
- 7.8.2022 - versi 3.4
- New - mula dilancarkan
- New - khas untuk 8 subjek UPKK
- New - home (logo)
- New - navbar menu ke semua sheet.
- New - slip peperiksaan (tool preview, printer dan spin button)
- New - protect security
- Fixed - formula markah dan slip
😤MASALAH DAN CARA MENYELESAIKANNYA
Ada ada mengalami masalah seperti berikut :
- Tidak boleh downlod disekat kata virus
- Tak boleh buka, perlu password
- Tak tahu cara download dari SIMPENI
- Tak tahu cara copy paste dari laptop
- Nombor ic keluar tanda petik ( ' ) atau sebegini "1.10107E+11"
- Data hilang selepas isi tutup ezMARKAH
- Tidak boleh print, margin lari, slip berselerak
- Kenapa tidak boleh edit versi ini?
Kini tak lagiiiiii....... semua masalah di atas admin telah sediakan video dan panduan cara mengatasinya di bawah ini. Sila tengok dan baca dalam description YouTube dan pilih chapter untuk melihat video di mana masalah dan cara menyelesaikannya.
VIDEO DALAM PROSES PEMBIKINAN, ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DALAM POST DI BAWAH DAHULU:
Harus diingatkan satu ezMARKAH hanyalah untuk satu kelas sahaja, jika banyak kelas, contohnya tahun 1, tahun 2, tahun 3 dan seterusnya... sila copya paste dalam satu folder lain dan rename (tukar nama) contohnya : ezmarkah tahun 1, ezmarkah tahun 2 dan seterusnya.
🚫PENUTUP
Jika terdapat update atau kemas kini versi terkini, sila download dan copy paste dalam PC atau laptop anda, Pastikan anda penyimpan semua data dalam folder yang lain. Tujuan update adalah untuk naik taraf atau membaiki jika terdapat kesalahan dalam sistem ini.
"TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TELAH BERJAYA MENGGUNAAN ezMARKAH v3.4 PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK INI".
- [message]
- 👉 PENAFIAN :
- Sistem ezMARKAH ini adalah sebagai alternatif personal sebagai perkongsian bagi memudahkan Guru-Guru KAFA untuk mengisi, mengira, menggred markah Peperiksaan Percubaan UPKK sahaja, Ia TIADA KAITAN dengan mana-mana Jabatan ataupun pihak JAKIM. Terima kasih, semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
COMMENTS