Cuti Bersalin Guru KAFA ditangguhkan

SHARE:

JAKIM bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berbincang dan mencari jalan bagi membela dan menjaga kebajikan semua..

Cuti Bersalin Guru KAFA ditangguhkan

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

MENGENAI PENANGGUHAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN BERELAUN PENUH KEPADA GURU KAFA WANITA

1. JAKIM ingin menarik perhatian terhadap isu berhubung surat yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM bertarikh 21 Julai 2022 berkaitan arahan penangguhan kemudahan cuti bersalin berelaun penuh kepada guru KAFA wanita. 

2. Pada Januari 2022, JAKIM telah mengeluarkan Peraturan-peraturan Pelaksanaan Program KAFA Baharu Tahun 2022 untuk digunapakai oleh semua Agensi Pelaksana KAFA. Antara perkara baharu yang dimasukkan dalam peraturan tersebut ialah Kemudahan Cuti Bersalin Berelaun Penuh yang diberikan kepada guru KAFA wanita sekali dalam tempoh kontrak yang berkuatkuasa yang sebelum ini tidak pernah diberikan. Keputusan ini dibuat sebagai salah satu usaha dan inisiatif JAKIM dalam menjaga kebajikan golongan Guru KAFA wanita yang bersalin. 

3. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan pada 6 Julai 2022 telah mengeluarkan pandangan bahawa pelaksanaan kemudahan tersebut adalah tidak sesuai buat masa ini kerana kedudukan status perjawatan guru KAFA. Sebagai mematuhi saranan dan pandangan tersebut, pihak JAKIM telah mengeluarkan surat penangguhan pemberian kemudahan tersebut pada 21 Julai 2022. 

4. JAKIM dalam usaha membuat rayuan kepada pihak Kementerian Kewangan dan sedang menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula pihak Kementerian berkenaan. 

5. Dalam pada itu, pada 20 Julai  2022, JAKIM bersama YB Senator Datuk Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah antara lain bagi membincangkan isu kebajikan bagi guru dan Penyelia KAFA. 

6. Ingin ditegaskan bahawa pihak JAKIM bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berbincang dan mencari jalan bagi membela dan menjaga kebajikan semua pihak yang berada di bawah kawal selia JAKIM termasuk guru KAFA. JAKIM amat mengharapkan sokongan dan doa dari semua pihak agar usaha berterusan yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui JAKIM selama ini dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Sekian. 

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD. YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

23 Julai 2022


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Cuti Bersalin Guru KAFA ditangguhkan
Cuti Bersalin Guru KAFA ditangguhkan
JAKIM bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berbincang dan mencari jalan bagi membela dan menjaga kebajikan semua..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1gQyVmEbRuAsgKeqFlbMvwma6zDsWK13anO6kZdqMZrH76LeVuX-VYi9IQ44XbEK9_64HBFmBsVFMP_BMSCqe2cJyv_g8_8_M6MgCUQlcBRdp8-nEhXoSd10d8o7gaPk0NJ8GMxjP4xdeP20iNSOvDwCx6jS6JxDBQjC3rVa38Due9GWV5uUdp_ti/w640-h400/Kompleks-Islam-putrajaya-_bernama-7319.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1gQyVmEbRuAsgKeqFlbMvwma6zDsWK13anO6kZdqMZrH76LeVuX-VYi9IQ44XbEK9_64HBFmBsVFMP_BMSCqe2cJyv_g8_8_M6MgCUQlcBRdp8-nEhXoSd10d8o7gaPk0NJ8GMxjP4xdeP20iNSOvDwCx6jS6JxDBQjC3rVa38Due9GWV5uUdp_ti/s72-w640-c-h400/Kompleks-Islam-putrajaya-_bernama-7319.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/07/cuti-bersalin-guru-kafa-ditangguhkan.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/07/cuti-bersalin-guru-kafa-ditangguhkan.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :