Kami mendapat berita yang menyedihkan sebentar tadi iaitu seorang pelajar KAFA tahun lima calon UPKK tahun ini telah meninggal dunia akibat ...
Kami mendapat berita yang menyedihkan sebentar tadi iaitu seorang pelajar KAFA tahun lima calon UPKK tahun ini telah meninggal dunia akibat lemas di Chengal Lempong.
Arwah Adik Che Wan Izz Aqil Haris merupakan pelajar tahun 5 KAFA Al Fateh Balok Permai Kuantan (SK Chengal Lempong).
Kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Adik Che Wan Izz Aqil Haris, semoga tabah menghadapi dugaan ini... aamiin
Arwah adik Aqil berbaju merah... dalam ingatan...
Sumber FB Bomba dan Penyelamat Pahang.
KANAK-KANAK 11 TAHUN LEMAS DI TALI AIR BERHAMPIRAN BALAI RAYA CHENGAL LEMPONG
TARIKH: 26.6.2022
MASA: 19:19:29
Sepasukan Bomba dari Balai Bomba Gebeng bersama 5 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian lemas di Tali Air , Jalan Batu 10 berhampiran Balai Raya Chengal Lempong lewat petang ini. Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Pahang telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian dan dimaklumkan bahawa mangsa telah berjaya ditemui oleh orang awam di sekitar tali air tersebut setelah rakan mangsa meminta pertolongan dari penduduk berdekatan. Menurut laporan yang diterima, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam tali air tersebut ketika memancing bersama 2 lagi rakan.
Pasukan Bomba yang tiba di lokasi diketuai oleh PBK II ROSLI BIN SHAFIIE bertindak melakukan bantuan pernafasan CPR terhadap mangsa sebelum ketibaan pihak ambulans. Namun pihak KKM yang hadir kemudiannya mengesahkan mangsa terbabit telah meninggal dunia. Mangsa yang maut dikenali sebagai Che Wan Izz Aqil Haris bin Che Wan Hamizi, 11 beralamat di Taman Unity Kuantan.
Alfatihah kepada adik Aqil
COMMENTS