Kemudahan ini diberikan kepada Guru KAFA mulai 1 Januari 2022 seperti yang telah ditetapkan dalam perkara 42.1(a)(iv) Peraturan-peraturan Pelaksanaan
Melalui surat edaran JAKIM yang bertarikh 17 Jun 2022 telah memaklumkan kemudahan cuti bersalin selama enam puluh (60) hari bagi Guru KAFA wanita yang bersalin dan diberikan sekali sepanjang tempoh kontrak semasa yang sedang berkuat kuasa.
Kemudahan ini diberikan kepada Guru KAFA mulai 1 Januari 2022 seperti yang telah ditetapkan dalam perkara 42.1(a)(iv) Peraturan-peraturan Pelaksanaan Program KAFA tahun 2022 (rujuk di sini).
Alhamdulillah dan terima kasih dari kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan atas kemudahan yang telah diberikan kepada Guru KAFA. Segala keperihatian pihak kerajaan terhadap Guru-Guru KAFA makin hari makin bertambah banyak dan baik. Semoga segala usaha ini akan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.
COMMENTS