Selamat Hari Guru 2022 - Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

SHARE:

Selamat Hari Guru 2022 - Guru Tunjang Sekolah Sejahtera dari pada kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan).

Selamat Hari Guru 2022 - Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Guru atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Guru ibarat pelita, membakar diri dan menerangi kegelapan. Tanggal 16 Mei setiap tahun, negara akan meraikan hari yang cukup istimewa buat mereka yang bergelar guru. Sambutan Hari Guru bermakna kepada semua warga pendidik bukan sahaja untuk meraikan jasa dan pengorbanan mereka, tetapi juga sebagai dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan kualiti dalam mendidik pelajar. 

Jasa guru sememangnya besar dan tidak dapat terungkap dengan kata-kata. Setiap pelajar harus menghargai segala ilmu yang dicurah serta mendapatkan restu daripada guru, agar ilmu yang dipelajari mendapat berkat.

Tema Sambutan Hari Guru Tahun 2022

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf “E” pula bermaksud etika dan empati, huruf “J” bermaksud jati diri, huruf “A” bermaksud adab sopan, huruf “H” bermaksud harmoni, huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf “E bermaksud eksplorasi, huruf “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi.

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Tarikh Sambutan Hari Guru 2022

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Objektif

  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

TEMA-TEMA PERAYAAN HARI GURU

  • 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
  • 2021 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2014 : Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2013 : Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • 2010 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2008 : Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007 : Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • 2006 : Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2004 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2003 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2002 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2001 : Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
  • 2000 : Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 1999 : Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 1998 : Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1997 : Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1996 : Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1995 : Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1994 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1993 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1992 : Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1991 : Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1990 : Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1989 : Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1988 : Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1987 : Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1986 : Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1985 : Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1984 : Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1983 : Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1982 : Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1981 : Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1980 : Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1979 : Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1978 : Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  • 1977 : Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  • 1975 : Guru dan Pembangunan Negara
  • 1974 : Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  • 1973 : Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1972 : Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Selamat hari guru daripada Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Selamat Hari Guru 2022 - Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Selamat Hari Guru 2022 - Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Selamat Hari Guru 2022 - Guru Tunjang Sekolah Sejahtera dari pada kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIgFjWTyjIkD1Y05RbHUttmxSDne32gfTJfQtHJ9g4C3me5J4CINkjit_52EahJVgFYYrS6H0_SNNrxQlx3Fk45Y_Ecxe7OaamxdplabGJakclIIboqQMcCzmSBDRLYUVr0euqi2NICCYui28yBNd39tb4wKWSKYQwrZOyp4JRBBaLUO085ZhbZWkl/w640-h474/selamat%20hari%20guru.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIgFjWTyjIkD1Y05RbHUttmxSDne32gfTJfQtHJ9g4C3me5J4CINkjit_52EahJVgFYYrS6H0_SNNrxQlx3Fk45Y_Ecxe7OaamxdplabGJakclIIboqQMcCzmSBDRLYUVr0euqi2NICCYui28yBNd39tb4wKWSKYQwrZOyp4JRBBaLUO085ZhbZWkl/s72-w640-c-h474/selamat%20hari%20guru.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/05/selamat-hari-guru-2022-guru-tunjang.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/05/selamat-hari-guru-2022-guru-tunjang.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :