Antara objektif utama kursus ini diadakan ialah: Meningkatkan kemahiran guru dalam teknik asas pengajaran Jawi Tahun satu. Memberi pendedahan kepada..
13 Mei 2026 - Kuantan, seramai 135 orang guru telah menghadiri Kursus Teknik dan Asas Pengajaran Jawi murid Tahun satu yang berlangsung di BCIC Lodge, Indera Mahkota, Kuantan pada 13 Mei 2026. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Guru-Guru SAR KAFA daerah Kuantan.
Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Abd Halim Bin Abdullah yang merupakan JU dan Munsyi Jawi Pahang telah berkongsi pelbagai teknik dan pendekatan asas pengajaran Jawi khusus untuk murid Tahun satu. Para peserta turut didedahkan dengan kaedah pengajaran yang lebih efektif, mudah difahami serta sesuai dengan tahap penguasaan murid peringkat awal.
Antara objektif utama kursus ini diadakan ialah:
- Meningkatkan kemahiran guru dalam teknik asas pengajaran Jawi Tahun satu.
- Memberi pendedahan kepada pendekatan pengajaran yang lebih sistematik dan berkesan.
- Membantu guru memahami kaedah penyampaian yang sesuai mengikut tahap murid.
- Memperkasa penguasaan ejaan dan sebutan Jawi dalam kalangan murid sekolah agama.
- Melahirkan guru yang lebih kreatif dan yakin dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sepanjang program berlangsung, para peserta memberikan komitmen yang sangat baik serta aktif dalam sesi penerangan dan perbincangan. Kursus ini juga menjadi medan perkongsian pengalaman sesama guru dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran di sekolah masing-masing.
Penganjuran program ini merupakan sebahagian usaha berterusan Persatuan Guru-Guru SAR KAFA daerah Kuantan dalam memartabatkan kualiti guru-guru SAR daerah Kuantan dalam bidang pendidikan dan khususnya pengajaran Jawi. Diharapkan kursus seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi murid yang lebih cemerlang khususnya dalam penguasaan tulisan Jawi.
Gambar-Gambar Sekitar Bengkel Teknik PdP Asas Tulisan Jawi:






























































Teruskan usaha baik demi melahirkan guru berkualiti
ReplyDelete