Siapakah Guru Penyelaras dan bagaimana Pelantikan dan tanggungjawab Guru Penyelaras? Guru penyelaras adalah dilantik oleh Agensi Pelaksana bagi...
Siapakah Guru Penyelaras KAFA dan bagaimana Pelantikan dan tanggungjawab Guru Penyelaras? Guru penyelaras adalah dilantik oleh Agensi Pelaksana bagi setiap Premis dalam kalangan Guru Besar, pentadbir Premis atau Guru KAFA sendiri yang dipertanggungjawabkan bagi pelaksanaan KAFA di Premis berkenaan.
Tanggungjawab Guru Penyelaras adalah seperti yang berikut :-
- mengawal selia pelaksanaan KAFA di Premis;
- memastikan Guru KAFA mematuhi Kod Etika Guru KAFA;
- memastikan Guru KAFA mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh pemilik Premis;
- memastikan kehadiran murid dan Guru KAFA;
- menyediakan jadual Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sebagaimana yang ditetapkan dalam Kurikulum;
- bertanggungjawab dalam penyeliaan dan penilaian prestasi tahunan Guru KAFA;
- memastikan Guru KAFA mengajar mengikut jadual yang ditetapkan;
- mengambil tindakan susulan terhadap laporan Guru KAFA berkaitan masalah pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid KAFA;
- mengawal dan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan Cuti Rehat Khas (CRK) Guru KAFA;
- memastikan maklumat dalam SIMPENI dikemaskini termasuklah maklumat Premis, Guru KAFA dan pengambilan, pendaftaran, pertukaran serta pemberhentian murid KAFA;
- mengawal selia Premis agar memenuhi aspek keselamatan, kebersihan, keselesaan dan keceriaan; dan
- bekerjasama dengan Penyelia KAFA bagi memastikan pelaksanaan KAFA dapat berjalan lancar mengikut Peraturan-peraturan ini.
Tanggungjawab Guru Penyelaras ini ada terkandung dalam "Peraturan-Peraturan Pelaksanaan Program Kelas Al-Quran dan Fadrdhu Ain" (PKAFA) Tahun 2022, Bahagian VI - Guru KAFA, perenggan yang ke 47.
COMMENTS