PdPR Kembali - Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Kembali Ke Asrama

SHARE:

KPM menetapkan murid bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina tidak dibenarkan untuk kembali semula ke asrama sebaliknya...

PdPR Kembali - Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Kembali Ke Asrama

Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan murid bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini tidak dibenarkan untuk kembali semula ke asrama.

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin, murid-murid berkenaan sebaliknya akan mengikuti proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sepenuhnya.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 berada dalam keadaan terlindung dan dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat serta teratur dan kita akan pastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berasrama dibawah KPM dipertingkatkan.

Pada masa sama, KPM juga akan meningkatkan pemantauan di sekolah harian supaya SOP itu dapat dipatuhi dengan baik.

Datuk Dr. Radzi Jidin juga mahu ibu bapa memastikan anak-anak mereka tidak hadir ke sekolah jika mengalami apa-apa gejala terutama apabila sekolah beroperasi semula bermula minggu depan.

Beliau mohon jasa baik ibu bapa untuk memastikan anak tidak hadir ke sekolah jika ada sebarang gejala bagi memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan selamat.

Mengulas mengenai jangkitan Covid-19 di institusi pendidikan bawah KPM bagi tempoh 1 Januari hingga 1 Februari lalu, Radzi berkata, sebanyak 100 kluster pendidikan dikesan membabitkan institusi bawah KPM.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 8,451 kes positif dikesan membabitkan kluster pendidikan daripada keseluruhan 118,238 kes di seluruh negara dan daripada jumlah itu 96 kluster membabitkan institusi bawah KPM manakala empat kluster membabitkan institusi swasta yang berdaftar dengan KPM. 

Sumber

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: PdPR Kembali - Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Kembali Ke Asrama
PdPR Kembali - Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Kembali Ke Asrama
KPM menetapkan murid bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina tidak dibenarkan untuk kembali semula ke asrama sebaliknya...
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgj4NLa9e90EygPeApWKmxicApA1RK5auOMq6FdmpsFt7T0TBFw_cfyshQutaXJu5wcH6plfvKy40znTMl-gqucnjUvs5wM3PK0llwWBTz24m7hcsjDrjO6UPzoyKOxtNCnrnEpZyqPqsmhJmZnHoPmdpWVHBQjch3ZlQ_oDgNhwzjFRktuVdvSdIGG=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgj4NLa9e90EygPeApWKmxicApA1RK5auOMq6FdmpsFt7T0TBFw_cfyshQutaXJu5wcH6plfvKy40znTMl-gqucnjUvs5wM3PK0llwWBTz24m7hcsjDrjO6UPzoyKOxtNCnrnEpZyqPqsmhJmZnHoPmdpWVHBQjch3ZlQ_oDgNhwzjFRktuVdvSdIGG=s72-w640-c-h360
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/02/pdpr-kembali-pelajar-asrama-tidak.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/02/pdpr-kembali-pelajar-asrama-tidak.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :