Contoh Sijil Tamat Kelas KAFA

SHARE:

Contoh Sijil Tamat Kelas KAFA atau Sijil Berhenti KAFA ini adalah percuma menggunakan Office Publisher Tinggal Edit Sahaja Semua Telah Tersedia Di....

Contoh sijil berhenti kafa

Sekadar perkongsian mengenai Sijil Tamat KAFA atau Sijil Berhenti KAFA ni. Sebab ada yang tanya mana nak dapatkan sijil tamat KAFA, admin ada cuma design lama tulisan rumi, terfikir kenapa tak buat versi jawi yang sesuai dengan kehendak KAFA itu sendiri.

Sijil Tamat KAFA ni adalah atas inisiatif SAR KAFA atau sekolah tersebut. Mungkin semua KAFA dah ada sijil berhenti sekolahnya sendiri, di sini hanyalah sekadar perkongsian sahaja. Ni yang KAFA admin punya, versi update dari versi rumi ke jawi. Mana tahu kot-kot ada KAFA nak upgrade sijil, free je ni, tinggal download dan edit sikit serta print je dah.

Bersesuai dengan kita sebagai Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain yang menggunakan tulisan jawi sebagai teras dalam semua subjek buku teks KAFA. Jadinya sijil pun kena upgrade jugak, dari rumi ke jawi. Baru kena dengan apa yang telah kita ajar di KAFA kita. Tulisan jawi itulah sebenarnya yang mencerminkan status Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) itu sendiri.

Sumber rujukan sijil adalah dari KAFA An-Nadwah Masjid Negeri dan Sijil lama KAFA admin (KAFA Surau Al-Ikhwan Tmn LKNP) sendiri, digabungkan terjadilah Sijil Tamat KAFA versi jawi ini.

Unutk memudahkan kepada yang berminat, Admin juga telah sediakan satu video "Cara Buat Sijil Tama KAFA" sebagai rujukan di bawah sekali dan tapak kosong Sijil Tamat KAFA dan boleh di edit semua dalam tu seperti logo, nama sekolah, tulisan dan cap mohor, semua ada dah. Tinggal muat turun je fail di bawah ini :


(Jika fail ada masalah tidak boleh dimuat turun atau sebagainya, sila hubungi admin segera)

Cara memuat turun dan menggunakan contoh Sijil Tamat KAFA 


sijil berhenti kafa
  1. Fail di atas dalam bentuk mampatan RAR dan perlu dibuka menggunakan aplikasi WINRAR atau WINZIP.
  2. Setelah dimuat turun, untuk membukanya anda perlukan "PASSWORD". Password ada dalam video YouTube di bawah, sila tonton video "Cara Buat Sijil Tamat KAFA" untuk mendapatkan passwordnya.
  3. Dalam folder ini mengandungi 2 fail :    
    1. Fail Tapak contoh sijil tamat KAFA
    2. Logo cap mohor (merah) kosong.
  4. Contoh sijil tamat KAFA ini menggunakan Microsoft Office Publisher 2019, rasanya semua versi office boleh guna.
  5. Contoh Sijil Tamat KAFA ini mengunakan font Jawi Uthman Taha (Jawi UKM), jika tiada font ini dalam laptop atau PC anda boleh guna dan buka juga, sebab font ini menggunakan unicode (boleh buka di mana-mana tanpa perlu install aplikasi Jawi UKM tidak seperti font jawi biasa atau jawi2). Jika tidak boleh juga sila install Jawi UKM di sini --->>> INSTALL JAWI UKM
  6. Jika terdapat sebarang kesalahan tulisan jawi dalam sijil tersebut sila perbetulkan sendiri. Ia bebas boleh diedit di mana-mana sahaja. Sijil ini hanyalah contoh sahaja.
  7. Boleh diubah semua mengikut kesesuaian bentuk border sijil kosong anda.
  8. Sila muat turun dan edit menggunakan laptop atau PC anda.

Admin andaikan anda telah memuat turun dan telah membuka fail Sijil Tamat KAFA tersebut (seperti di bawah) :

sijil tamat kafa

Keterangan Sijil Tamat KAFA

  1. Logo boleh di ubah kepada logo KAFA sendiri, sijil admin ini untuk sijil berbingkai atau border simple je, jika sijil berbingkai besar atau banyak perlu ubah logo ke tengah atau sebagainya, ajus la senang je, semua dah ada tu...
  2. Tulisan semua boleh ubah, dalam sijil tersebut adalah contoh sahaja.
  3. Cap mohor boleh tukar ke cap mohor sendiri dalam fail tu cap mohor KAFA admin. Cap mohor kosong ada dalam folder yang dimuat turun tadi, boleh ambik situ.
  4. Untuk print sijil sila buat percubaan dalam dalam kertas A4 yang telah di scan sijil kosong berbingkai anda dahulu untuk mengelak kesalahan dan kerugian sijil sebenar. Dah ok baru print dalam sijil sebenar seperi di bawah.

Contoh Sijil Tamat KAFA

Contoh Sijil Berhenti KAFA
Contoh Sijil Border Sederhana

contoh sijil berhenti kafa
Contoh Sijil Border yang Tebal

sijil berhenti kafa
Lagi contoh sijil tamat KAFA dengan tambahan Logo KAFA JAKIM baru serta Kod Sekolah JAKIM, mungkin lebih elegent.... 

Semua sijil di sini hanyalah contoh sahaja sebagai panduan untuk mereka cipta Sijil Tamat KAFA sendiri.

Contoh Cap Mohor Merah Untuk Sijil Tamat KAFA

cop sijil tamat kafa
Contoh Cap Mohor Unutk Sijil Tamat KAFA



Video Cara Buat Sijil Tamat KAFA Sendiri



Untuk sijil khatam Al-Quran boleh tengok kat sini -->> Tapak Sijil Khatam Al-Quran.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua... terima kasih kerana membaca Blog Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan ini.


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Contoh Sijil Tamat Kelas KAFA
Contoh Sijil Tamat Kelas KAFA
Contoh Sijil Tamat Kelas KAFA atau Sijil Berhenti KAFA ini adalah percuma menggunakan Office Publisher Tinggal Edit Sahaja Semua Telah Tersedia Di....
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiybJj22V96lQQqRiYukA6qhOkcN39zZf97aX-v9Q95Nnhak0EcTf6SbqTVvQGfgKbOVgWvLZEBjOEdmFYrTQlwm509ozTdPZAOr94PNL4HRzbSTaVahgdvkBXiUiWW1Ie-3HqV2mSbqGqomTl_yICHH_KrNWJ3k01zCE7S3aJBB3ehfXOCpsPnFfVt=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiybJj22V96lQQqRiYukA6qhOkcN39zZf97aX-v9Q95Nnhak0EcTf6SbqTVvQGfgKbOVgWvLZEBjOEdmFYrTQlwm509ozTdPZAOr94PNL4HRzbSTaVahgdvkBXiUiWW1Ie-3HqV2mSbqGqomTl_yICHH_KrNWJ3k01zCE7S3aJBB3ehfXOCpsPnFfVt=s72-w640-c-h360
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/02/contoh-sijil-tamat-kelas-kafa.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/02/contoh-sijil-tamat-kelas-kafa.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :