Semak Keputusan UPKK 2022 Online

SHARE:

Semak keputusan UPKK 2022 Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Secara Online dan SMS di sini ...

Calon-calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh membuat semakan keputusan UPKK 2022 secara online dan SMS pada (Kemaskini) nanti. 

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 akan berlangsung pada 9 Mei 2022 hinnga 31 Oktober 2022 (Amali dan lisan) manakala bertulis bermula pada 14 November hingga 17 November 2022, sila rujuk di sini nanti :


Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA tahun lima sama ada yang belajar di SAR (Sekolah Agama Rakyat), KAFA (Kelas Al Quran dan Fardu Ain), SK (Sekolah Kebangsaan) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM. 

Matlamat peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap keboleh menjadian pelajar dalam menguasai kemahiran dalam bidang pembacaan dan hafazan serta dapat beramal dengan cara hidup Islam yang sebenar.

Mulai tahun 2018, penambahbaikan telah dibuat oleh JAKIM ke atas sistem penilaian UPKK di mana kemenjadian murid adalah diukur melalui amalan dan cara hidup serta pembudayaan nilai yang dipelajari di kelas KAFA dalam kehidupan seharian. Sebelum ini ianya diukur melalui bilangan A yang diperolehi oleh calon dalam peperiksaan UPKK.

TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2022 SECARA ONLINE DAN SMS

Pengumuman keputusan UPKK akan dibuat pada 09 Mac 2023 dan semakan maklumat calon yang berdaftar juga boleh dibuat ibu bapa atau penjaga secara dalam talian. 

Untuk makluman, berdasarkan semakan kami terhadap tarikh keputusan UPKK terkini dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada 09 Mac 2023 nanti.

Berikut adalah kemaskini lengkap berhubung dengan tarikh rasmi keputusan UPKK 2022 yang akan dikeluarkan serta cara untuk mendapatkan keputusan UPKK 2022 secara manual (melalui sekolah) atau online (semakan dalam talian).

 TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA 2022

Tarikh dibukaTarikh ditutup
09 Mac 2023-

 CARA MENYEMAK KEPUTUSAN UPKK 2022
KEPUTUSAN UPKK 2022
 SEMAKAN ONLINE
 SEMAKAN SMS
Taip UPKK (jarak) NO MYKID dan hantar SMS ke 15888
Taip UPKK (jarak) No Pengenalan Khas dan hantar ke 15888
Contoh: UPKK RESULT 892401031546

Sistem semakan keputusan UPKK 2022 akan diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh dan masa seperti yang akan dinyatakan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman Sistem Aplikasi semakan tersebut. 

Semakan boleh dibuat terus pada hari pertama dibuka, tetapi anda berkemungkinan akan menghadapi gangguan capaian untuk mengakses laman tersebut kerana capaian trafik ketika waktu puncak itu terlalu tinggi ini menyebabkan server sistem tidak mampu menampung aliran trafik yang melebihi had ketika itu. 

Jadi, anda disarankan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak.

KEPUTUSAN PENUH UPKK 2022

Calon-calon boleh mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan UPKK 2022 di pusat UPKK atau sekolah masing-masing tertakluk kepada keputusan peringkat negeri pada tarikh pengumuman rasmi keputusan pada bulan 09 Mac 2023 nanti.

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Semak Keputusan UPKK 2022 Online
Semak Keputusan UPKK 2022 Online
Semak keputusan UPKK 2022 Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Secara Online dan SMS di sini ...
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiwqcDr7Ih0LNW6NSdQrjiNYaWxXMM7MouBZRyrmHCwwjcke9id_8EMkRr1kfkdgFhZVtNHNvpHsNepZ3IbGHChqdBhxXp6CgVsj956Jg4eEdOdPeIXemrusNYNtiye_X2IgpdfJf0szlBcLk8MS62p5RuNp6lovk55oc4R66Ajb97aC9rafkMqRCnJ=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiwqcDr7Ih0LNW6NSdQrjiNYaWxXMM7MouBZRyrmHCwwjcke9id_8EMkRr1kfkdgFhZVtNHNvpHsNepZ3IbGHChqdBhxXp6CgVsj956Jg4eEdOdPeIXemrusNYNtiye_X2IgpdfJf0szlBcLk8MS62p5RuNp6lovk55oc4R66Ajb97aC9rafkMqRCnJ=s72-w640-c-h360
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/01/semak-keputusan-upkk-2022-online.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/01/semak-keputusan-upkk-2022-online.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :