Mesyuarat Agung ke-17 (Sesi Tahun 2019 - 2020) Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan telah diedarkan seperti ketetapan berikut...
Satu notis mengenai Mesyuarat Agung ke-17 (Sesi Tahun 2019 - 2020) Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan) telah diedarkan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Januari 2022 (Ahad)
Masa : 8:00 pagi - 1:00 tengahari
Tempat : Dewan SAR (KAFA) Jaya Gading Kuantan
Sekiranya ahli ada usul yang hendak di bawa ke mesyuarat agung ini, sila hantar usul tersebut kepada urusetia melalui "Whatsapp" sebelum atau pada 12 Januari 2022.
Kehadiran untuk majlis mengikut SOP adalah 200 orang sahaja dalam 1 masa. Sehubungan dengan itu setiap sekolah hanya boleh menghantar wakil sebanyak 2 orang sahaja, bagi sekolah yang ada bilangan guru yang kurang dari 10 orang.
Manakala sekolah yang ada bilangan guru lebih dari 10 orang, maka dibenarkan 3 orang wakil sahaja hadir. Kehadiran wajib dilaporkan dalam group zon masing-masing sebelum tarikh 14/1/2022.
Sekian, harap maklum.
Setiausaha
PERGUKAFA Kuantan
COMMENTS