UPKK ditangguhkan ke 15 hingga 18 November 2021

SHARE:

JAKIM ingin memaklumkan bahawa peperiksaan UPKK tahun 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada pada 4 hingga 7 Oktober 2021 DITANGGUHKAN ke...

UPKK 2021 ditangguhkan ke 15 hingga 18 November

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA seluruh Malaysia dan semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada pada 4 hingga 7 Oktober 2021 bagi calon tahun 2020 dan 2021 yang akan dilaksanakan secara serentak.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam kenyataan media sebelum ini, JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa  Pandemik COVID-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan. JAKIM dengan kerjasama semua  agensi telah menyediakan pelan tindakan demi untuk memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar.

Merujuk kepada perutusan YB Menteri Kanan Pendidikan pada 15 Ogos 2021 berkaitan sesi persekolahan untuk calon peperiksaan yang akan bermula pada 3 Oktober 2021 ini secara berperingkat mengikut perkembangan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selaras dengan keputusan tersebut, JAKIM telah membuat keputusan bahawa pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK KAFA juga akan dibuat mengikut ketetapan tersebut.

Sehubungan itu, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan muridmurid terjamin serta persediaan pusat peperiksaan, JAKIM ingin  memaklumkan bahawa peperiksaan UPKK tahun 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada pada 4 hingga 7 Oktober 2021 DITANGGUHKAN ke tarikh baharu iaitu pada 15 hingga 18 November 2021 (Isnin hingga Khamis).

Muat turun jadual Peperiksaan MPKAFA di bawah:

[JADUAL MPKAFA 2021]

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 6 September 2021.

JAKIM juga optimis dengan usaha kerajaan ketika ini untuk menuju sasaran imuniti kelompok dan dengan itu telah membuat ketetapan bahawa hanya petugas peperiksaan yang telah mendapat 2 dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan UPKK berjalan lancar dan berjaya.

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: UPKK ditangguhkan ke 15 hingga 18 November 2021
UPKK ditangguhkan ke 15 hingga 18 November 2021
JAKIM ingin memaklumkan bahawa peperiksaan UPKK tahun 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada pada 4 hingga 7 Oktober 2021 DITANGGUHKAN ke...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCnAemRFpXxsmidaTc1XuZegdSPUCsAPh7E_3Al7mVWjrUgbVZyZbl_2ebfxo7I_Jpe4dd88q77SXRBFHRNH_dOoMcLlze0ZdcNIV6m0itGZcTGAIKBDBsyBhZulecQsTIElTb14b2AuM/w640-h384/jakim.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCnAemRFpXxsmidaTc1XuZegdSPUCsAPh7E_3Al7mVWjrUgbVZyZbl_2ebfxo7I_Jpe4dd88q77SXRBFHRNH_dOoMcLlze0ZdcNIV6m0itGZcTGAIKBDBsyBhZulecQsTIElTb14b2AuM/s72-w640-c-h384/jakim.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2021/09/upkk-ditangguhkan-ke-15-hingga-18.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2021/09/upkk-ditangguhkan-ke-15-hingga-18.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :