UPKK 2021 diganti dengan Pelaksanaan Berbentuk Penilaian Sepenuhnya

SHARE:

Peperiksaan UPKK bagi calon tahun 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan serentak pada 15 hingga 18 November 2021 akan DIGANTIKAN...

UPKK 2021 diganti dengan Pelaksanaan Berbentuk Penilaian Sepenuhnya

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 

(HAL EHWAL AGAMA)

BERKENAAN 

PENGOPERASIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN 

DAN

PELAKSANAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA

BAGI CALON 2020 DAN 2021 YANG DILAKSANAKAN SECARA SERENTAK TAHUN 2021

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 dan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PFN) di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua tenaga pengajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

Sebagaimana yang telah diumumkan pada 7 September 2021, JAKIM dengan kerjasama semua agensi terlibat telah menyediakan pelan tindakan yang sewajarnya demi memastikan aktiviti Pendidikan KAFA berjalan lancar.

JAKIM menyambut baik pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan pada Ahad 12 September 2021, yang telah memaklumkan mengenai Pembukaan Sekolah secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober 2021. 

Pelaksanaan KAFA di seluruh negara juga berdasarkan kepada takwim persekolahan arus perdana. Sehubungan itu, bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesinambungan aktiviti Pendidikan Islam, JAKIM ingin memaklumkan bahawa;

  1. Pengoperasian KAFA di seluruh negara bagi murid Tahun 1 hingga 6 akan DITERUSKAN SECARA PDPR SEHINGGA TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2021 berakhir.
  2. Peperiksaan UPKK bagi calon tahun 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan serentak pada 15 hingga 18 November 2021 akan DIGANTIKAN dengan pelaksanaan berbentuk penilaian sepenuhnya. 

Keputusan ini tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemenjadian murid-murid di dalam pendidikan mampu dinilai melalui pelbagai kaedah. Justeru, bagi tujuan ini, JAKIM akan memaklumkan kaedah serta tarikh pelaksanaan bagi menggantikan menggantikan ujian bertulis tersebut.

Pelaksanaan UPKK secara penilaian ini tidak akan menjejaskan mutu terhadap tahap penguasaan murid dan peluang untuk ke sekolah menengah. 

Dengan keputusan ini, guru KAFA dan murid hendaklah terus membuat persediaan rapi bagi menghadapi proses selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh JAKIM nanti. Ibu bapa juga diminta memastikan anak- anak mengikuti aktiviti Pendidikan KAFA secara PdPR.

JAKIM sentiasa komited untuk memastikan Pendidikan KAFA bergerak seiring demi memastikan kemenjadian murid.

Sekian.

YB SENATOR TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

23 September 2021

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: UPKK 2021 diganti dengan Pelaksanaan Berbentuk Penilaian Sepenuhnya
UPKK 2021 diganti dengan Pelaksanaan Berbentuk Penilaian Sepenuhnya
Peperiksaan UPKK bagi calon tahun 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan serentak pada 15 hingga 18 November 2021 akan DIGANTIKAN...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqpVitEsbNcxC0g1CFJW0XdMI2Ubq-ugNEM9n1mP6GJ-Z3a1_PVy9Njkz_A6OhZKLJ-537oE2aqwY9BClZKJMk5ix0Hlzjp1fHPIx1bRKko__anuDDkC14m92KMwQJV9RMfDDrdmbtRPw/w640-h396/UPKK+2021+diganti+dengan+Pelaksanaan+Berbentuk+Penilaian+Sepenuhnya.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqpVitEsbNcxC0g1CFJW0XdMI2Ubq-ugNEM9n1mP6GJ-Z3a1_PVy9Njkz_A6OhZKLJ-537oE2aqwY9BClZKJMk5ix0Hlzjp1fHPIx1bRKko__anuDDkC14m92KMwQJV9RMfDDrdmbtRPw/s72-w640-c-h396/UPKK+2021+diganti+dengan+Pelaksanaan+Berbentuk+Penilaian+Sepenuhnya.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2021/09/upkk-2021-diganti-dengan-pelaksanaan.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2021/09/upkk-2021-diganti-dengan-pelaksanaan.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :