Penangguhan Sesi Persekolahan Penggal Pertama Secara Bersemuka Kelas KAFA dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) Negeri Pahang
Seperti dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan penggal pertama persekolahan 2021 bagi sekolah rendah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Selaras dengan pengumuman tersebut, semua murid sekolah rendah khususnya murid yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Pahang akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran di Rumah (PdPr) mengikut kesesuaian guru dan murid bermula 20 Januari 2021.
Manakala bagi tujuan pengoperasian sekolah, semua guru KAFA hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021. Guru juga dikehendaki untuk mengisi Rekod Rancangan Pengajaran Harian (RPH) KAFA seperti biasa serta menyediakan laporan kehadiran bertugas bulanan guru KAFA.
Secara ringkas ketika ini boleh kongsikan seperti dibawah: (akan dikemaskini)
- Sepanjang PdPR) berlangsung bagi Laporan Mengajar Bulanan Guru Kafa Akan menggunakan Borang G (PDPR) a.k.a , PDPR/KAFA-PHG yang akan diemailkan nanti.
- Juga akan disediakan tapak RPH untuk catatan aktiviti guru bagi aktiviti PdPR.
- Sebagai tambahan, satu link Portal Pelaporan PdPR guru KAFA akan diberikan kepada semua Guru (melalui penyelia daerah) bagi merekod kehadiran guru KAFA sewaktu PdPR dijalankan. Portal tersebut dimasukkan secara online oleh guru dan laporan tersebut akan dipantau oleh penyelia Daerah.
KAFA akan sedikit demi sedikit bergerak bersama teknologi. Jadi harap semua bersedia...
COMMENTS