Calon UPKK 2020 akan disekalikan dengan Calon UPKK tahun 2021 pada 4 hingga 7 Oktober 2021....
Pergukafakuantan.com - Satu kenyataan media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2020 yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid-19.
Dinyatakan calon UPKK tahun 2020 masih mempunyai tempoh setahun lagi sebelum ke sekolah menengah, Dengan mengambil kira kepentingan semua pihak dan persediaan, JAKIM membuat keputusan bahawa UPKK bagi lima subjek bertulis iaitu Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab dan Lughah Al-Quran bagi calon tahun 2020 yang terjejas akibat penularan Wabak COVID-19 akan disekalikan dengan Calon UPKK tahun 2021 pada 4 hingga 7 Oktober 2021.
Mata Pelajaran Al-Quran merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Tafsir Al-Quran akan dilaksanakan pada 1 hingga 30 September 2021. Jadual perlaksanaan UPKK 2021 akan dimaklumkan kelak.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk di bawah :
COMMENTS