Salam Maulidur Rasul 1442H

SHARE:

Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1442H buat semua Guru-Guru KAFA...

Salam Maulidur Rasul 1442H

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun 2020 yang jatuh pada hari Khamis, 29 Oktober 2020 ini Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1442H buat semua Guru-Guru KAFA seluruh Malaysia.

Bertepatan dengan Tema Maulidur Rasul tahun ini iaitu Ummah Rabbani Negara Harmoni mengenai realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW.

Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan

Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan

Sambutan Maulidur Rasul 

Sesungguhnya kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik tanda kelahiran agama. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian.

Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi. Islam yang kemudiannya telah membawa rahmat kepada sekalian alam. Mesej kerahmatan untuk sekalian alam menandakan bahawa Islam datang dengan mesej kesejagatan, iaitu sebagai agama yang tidak semata-mata untuk satu kaum, bangsa atau sesebuah kawasan. Melalui mesej kesejagatan ini sahaja jika diperhalusi sudah memadai untuk kita meyakini akan kebenaran agama Islam ini.

Nabi Muhammad SAW

Rasulullah SAW merupakan seorang insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok bandingannya. Maka baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam susah dan senang).” (Surah Al-Ahzaab : 21)

Jelaslah, sesiapa sahaja yang menginginkan kehidupan di dunia hingga akhirat berjalan sempurna sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT, maka tiada jalan lain kecuali kembali mengamalkan ajaran al-Quran dan Hadis dalam kehidupannya kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa.

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah SAW. Dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah SAW. Dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Selamat menyambut sambutan Maulidur Rasul 2020 bersamaan dengan tahun 1442 Hijrah.


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Salam Maulidur Rasul 1442H
Salam Maulidur Rasul 1442H
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1442H buat semua Guru-Guru KAFA...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_b9Sky9caimhkfRQ2vRLAqQjUPWL-hVj_WKcphgLoHuVt69L6aqDBhRKjxZjFDFynCsfocKRNu-1oLRkt7siKfDmvKAi3rrdYQYPHMBxfhnquEuOBS7gFb3jDqmplkBHzL9OaMi5k0kQ/w640-h360/salam+maulidur+rasul+1442.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_b9Sky9caimhkfRQ2vRLAqQjUPWL-hVj_WKcphgLoHuVt69L6aqDBhRKjxZjFDFynCsfocKRNu-1oLRkt7siKfDmvKAi3rrdYQYPHMBxfhnquEuOBS7gFb3jDqmplkBHzL9OaMi5k0kQ/s72-w640-c-h360/salam+maulidur+rasul+1442.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2020/10/salam-maulidur-rasul-1442h.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2020/10/salam-maulidur-rasul-1442h.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :