Datuk Dr. Zulkifli Positif Covid-19

SHARE:

Marilah bersama-sama kita mendoakan akan kesembuhan dan kesejahtera Tok Guru Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.... Aamiin Ya Rabbal 'alamiin.

positif covid 19

Pergukafakuantan.com - Kita telah mendapat berita mendukacitakan, iaitu YB Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah disahkan positif Covid-19 oleh  Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Berikut adalah post terkini beliau dalam Facebooknya:

بسم الله الرحمن الرحيم 

Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan. Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya. Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya. 

Program-program Musa’adah COVID-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia. Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. 

Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 termasuk diri saya. Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada. 

Orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober diminta menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. 

Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya. 

Sekian, terima kasih.

Marilah bersama-sama kita mendoakan akan kesembuhan dan kesejahtera Tok Guru Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.... Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

"KITA JAGA KITA"


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Datuk Dr. Zulkifli Positif Covid-19
Datuk Dr. Zulkifli Positif Covid-19
Marilah bersama-sama kita mendoakan akan kesembuhan dan kesejahtera Tok Guru Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.... Aamiin Ya Rabbal 'alamiin.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiI2Ir_1cqbSK9-EGtIhf3ISuO4uRNmcyC3mKx-Jmvpjls3EL1Li9bfQV9rpE4wnUdYjl2u7cIjmQKkU9M2E5yrMmT6JvCKinskCzRwRa0y5Bjh1ReWkh8BvlaXpbi1Twjh7dNiMlM4S2Q/w640-h480/120511583_3745840228813085_8251375226137978079_o.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiI2Ir_1cqbSK9-EGtIhf3ISuO4uRNmcyC3mKx-Jmvpjls3EL1Li9bfQV9rpE4wnUdYjl2u7cIjmQKkU9M2E5yrMmT6JvCKinskCzRwRa0y5Bjh1ReWkh8BvlaXpbi1Twjh7dNiMlM4S2Q/s72-w640-c-h480/120511583_3745840228813085_8251375226137978079_o.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2020/10/datuk-dr-zulkifli-positif-covid-19.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2020/10/datuk-dr-zulkifli-positif-covid-19.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :