Ustaz Abdullah pernah berada di Wad Hospital Kemaman selama empat hari, menurut doktor pendarahan dalam otak menyebabkan stroke padanya
Pergukafakuantan.com - Satu program ziarah AJK Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) telah diadakan pada Sabtu 29/2/2020.
Kali ini Pengerusi dan AJK Pergukafa Kuantan telah mengunjungi Ustaz Abdullah Bin Abdul Rashid yang telah ditimpa musibah di rumahnya di Cherating. Ustaz Abdullah merupakan Guru Besar SAR KAFA Ar Rahman Cherating.
Sebelum ini Ustaz Abdullah pernah berada di Wad Hospital Kemaman selama empat hari, menurut doktor pendarahan dalam otak menyebabkan stroke padanya.
Ketika ditemui Ustaz Abdullah masih lemah dan belum pulih sepenuhnya. Alhamdulillah kini Ustaz Abdullah boleh bercakap sedikit dan mengenali kami AJK Pergukafa Kuantan. Sedikit sumbangan daripada persatuan telah dihulurkan.
Marilah kita berdoa semoga Ustaz Abdullah pulih dan sihat seperti sediakala, Aamiin Ya Rabbal a'lamiin.
COMMENTS