Alhamdulillah pada 27/2/2020 PEGUSAKAPA telah menerima sumbangan tersebut yang telah disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail di pejabatnya
Pergukafakuantan.com - Ketika Mesyuarat Agung Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang (PEGUSAKAPA) pada 28/11/2019 di IKBN Lanchang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail yang diwakili oleh YB. Dato' Sri Syed Ahmad Ibrahim Bin Syed Ahmad ada mengumumkan sumbangan sebanyak RM20 ribu untuk PEGUSAKAPA.
Alhamdulillah pada 27/2/2020 PEGUSAKAPA telah menerima sumbangan tersebut yang telah disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail di pejabatnya, Wisma Sri Pahang. PEGUSAKAPA telah diwakili oleh Ustazah Khairul Azimah Binti Mohamad Rani untuk menerima sumbangan tersebut. Sumbangan RM20 ribu ini adalah untuk Mesyuarat Agung Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang (PEGUSAKAPA) kali 28 yang lalu.
Kami Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang (PEGUSAKAPA) mengucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan Kerajaan Negeri Pahang ats sumbangan ini.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis penerimaan Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang:
Sumber: Blog Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang (PEGUSAKAPA).
COMMENTS