Mohon semua Ustaz Ustazah yang tahu dan membaca artikal ini mendoakan sahabat kita ini sembuh serta ahli keluarganya tabah menghadapi segala ujian ini.
Pergukafakuantan.com - Seorang guru KAFA yang mengajar di salah sebuah KAFA di Kuantan telah dijangkiti oleh covid-19 yang kini sedang di rawat di HTAA.
Menurut sumber beliau telah dijangkiti sebelum "perintah kawalan pergerakan" ini lagi, ketika balik menziarahi mertuanya di Pekan. Kini pihak HTAA (KKM) sedang menyaring dan kuarantin keluarga serta rumah beliau di Kuantan ini.
Mohon semua Ustaz Ustazah yang tahu dan membaca artikal ini mendoakan sahabat kita ini sembuh serta ahli keluarganya tabah menghadapi segala ujian ini.
Untuk peringatan kita bersama, jangan sekali-kali keluar rumah jika tidak ada sebarang kes emergency. Kawasan berdekatan kita dah ada kes positif covid-19. Rakan kita telah dijangkiti dan positif covid-19, di dalam radius rumah dan sekitarnya ada pembawa yang tiada symptoms tetapi menjangkiti dengan sesiapa pun dengan apa cara sekalipun, mungkin di pasaraya, stesen minyak dan lain-lain.
Pakailah topeng muka dan sarung tangan plastik sewaktu keluar rumah dan kerap kali membasuh tangan.
Mohon Allah Selamatkan kita semua dari wabak ini...
Update daripada Ustaz Khasie sendiri
Assalamualaikum, saya Khasie yang positif covid-19 tu. Ayah mertua saya positif, kebetulan saya balik bercuti di Pekan 13 - 16/3/2020 baru nie. Ayah mentua saya positif mungkin sebab ahli surau ada jamaah tabligh yang positif.
Keputusan yang saya dan keluarga di saringan pada 16/3/2020 saya positif, anak isteri negatif kecuali anak bongsu tidak dapat keputusan lagi setakat ni...
Saya dan keluarga dikuarantin di rumah Cenderawasih bermula 16/3/2020. Petang semalam saya masuk wad HTAA, anak-anak isteri semua di rumah...
Tadi KKM datang ambil saringan anak-anak dan isteri. Rumah pun dah disembur dan sekarang menunggu keputusan yang kedua pula anak-anak dan isteri...
Terima kasih semua yang mendoakan.....
Kami semua guru-guru KAFA mendoakan Ustaz Khasie dan keluarga cepat sembuh serta tabah menghadapi ini semua... Aamiin Ya Rabbal 'alamiin.
Update terkini
Ustaz Khasie kini telah negatif covid-19

COMMENTS