Kelas KAFA Lima Hari Seminggu

SHARE:

Projek rintis pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) selama lima hari seminggu, berbanding tiga hari sahaja sekarang

kelas kafa

Pergukafakuantan.com - Kerajaan akan melaksanakan projek rintis pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) selama lima hari seminggu, berbanding tiga hari sahaja sekarang, pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, projek rintis itu akan melibatkan tujuh sekolah kebangsaan setiap negeri dengan tempoh pelaksanaan selama setahun.

Beliau berkata, projek itu bukan hanya membantu meningkatkan pemahaman murid, namun dalam masa sama juga membantu guru KAFA mendapat kontrak jawatan tetap, jika kelas itu dapat dilaksanakan setiap hari persekolahan pada masa akan datang.

“Kebajikan guru KAFA perlu dilihat kerana jika kelas ini hanya tiga hari seminggu, mereka tidak boleh diberi kontrak jawatan tetap kerana dasar penjawat awam menetapkan tempoh bekerja selama lima hari seminggu.

“Jika kita dapat menyerap jawatan guru KAFA sebagai tetap, ia membolehkan guru KAFA dilihat sebagai satu kerjaya selain boleh diberikan gred,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan Kalendar 2020 di Pasar Tani Perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, hari ini.

Fuziah berkata, kebajikan guru KAFA menjadi keutamaan kerajaan dan sebagai permulaan, mereka mendapat kenaikan elaun sebanyak RM100 menjadikan jumlah baharu RM1,000 sebulan selain memperoleh perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai tahun lepas.

Beliau berkata, projek rintis itu juga akan mengambil modul sekolah agama di Johor sebagai modul contoh kerana mahu KAFA menjadi ‘pelengkap’ kepada sekolah kebangsaan selain melahirkan modal insan yang baik.

“Kokurikulum baharu ini bukan hanya menekankan mengaji atau fardu ain semata-mata tetapi juga pembentukan nilai sebagai Muslim kerana solat seharusnya membantu mendisiplinkan diri selain diterjemahkan dalam nilai murni lain,” katanya.- Bernama


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,2,Buku,30,Guru KAFA,140,Ihtifal,10,Info KAFA,645,Jadual,36,JAIP,119,JAKIM,135,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,51,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,228,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,156,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Kelas KAFA Lima Hari Seminggu
Kelas KAFA Lima Hari Seminggu
Projek rintis pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) selama lima hari seminggu, berbanding tiga hari sahaja sekarang
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnJyb80jT9Io_9ZR8NB3icxZiwoiy87pjj9bub6wyboF2q07UhVpM0A5txrn6c7IfU5DagFeDEOnnQfMPSwkxeHwh6o1zaA2tR9f9FImS50GMMXKP7KFNZK8WNB7P7lJzM_xzzN9ApJ2Q/s640/kelas+kafa+5+hari+seminggu.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnJyb80jT9Io_9ZR8NB3icxZiwoiy87pjj9bub6wyboF2q07UhVpM0A5txrn6c7IfU5DagFeDEOnnQfMPSwkxeHwh6o1zaA2tR9f9FImS50GMMXKP7KFNZK8WNB7P7lJzM_xzzN9ApJ2Q/s72-c/kelas+kafa+5+hari+seminggu.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2020/01/kelas-kafa-lima-hari-seminggu.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2020/01/kelas-kafa-lima-hari-seminggu.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :