Dato' Paimuzi Bin Yahya KP JAKIM Baru

SHARE:

Tahniah atas perlantikan Dato' Paimuzi Yahya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baru.

kp jakim baru

Pergukafakuantan.com - Tahniah atas perlantikan Dato' Paimuzi Yahya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baru.

Dalam satu kenyataan, pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pelantikan dengan Gred Utama A itu bagi mengisi jawatan yang dikosongkan Dato Mohamad Nordin Ibrahim yang bersara wajib pada 27 Disember 2019.

Dato' Paimuzi, 59, sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM adalah Pegawai Hal Ehwal Islam yang paling kanan di JAKIM.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda pada 1985 dan Ijazah Sarjana (1995) dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran hal ehwal Islam apabila mula menyertai perkhidmatan awam pada 1986 dalam Skim Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.

Antara jawatan penting yang pernah disandang Paimuzi ialah Pengarah JAKIM Cawangan Sabah (2005) dan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 2008.

Selain itu beliau pernah menjadi Pengarah Darul Quran JAKIM pada 2010 dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2013 dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2017 sebelum kembali ke JAKIM.

Dengan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam, kerajaan percaya bahawa beliau mampu menerus dan mempertingkatkan kecemerlangan JAKIM sebagai agensi agama persekutuan khususnya dalam menjayakan agenda Dasar Negara Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan masa kini.

Kami Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang mewakili semua persatuan guru SAR KAFA daerah yang ada dalam Negeri Pahang juga mendoakan semoga Dato' Paimuzi diberikan kekuatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang besar ini bagi memastikan kemajuan dan kecemerlangan JAKIM bagi mengangkat syiar agama dan ummah serta negara yang lebih baik.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, mantan Ketua Pengarah JAKIM atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau dalam perkhidmatan awam khususnya sebagai Ketua Pengarah JAKIM sebelum ini. Didoakan beliau terus diberi kesihatan berterusan untuk memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Dato' Paimuzi Bin Yahya KP JAKIM Baru
Dato' Paimuzi Bin Yahya KP JAKIM Baru
Tahniah atas perlantikan Dato' Paimuzi Yahya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baru.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLIhcg-4OZKgUMK86qY1o4dXCKoO51WVHXzBgvT-VPT_DE7xtyNWATTWzARtsMVt7wXlcvB9sQgLRqoE9eej3DkgQ-UPC3yxcOp7S-ipFCL80-oat-ce0v9YpQ8rbFgi2aiVcOxllOR0g/s640/kp+jakim+baru+2020.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLIhcg-4OZKgUMK86qY1o4dXCKoO51WVHXzBgvT-VPT_DE7xtyNWATTWzARtsMVt7wXlcvB9sQgLRqoE9eej3DkgQ-UPC3yxcOp7S-ipFCL80-oat-ce0v9YpQ8rbFgi2aiVcOxllOR0g/s72-c/kp+jakim+baru+2020.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2020/01/dato-paimuzi-bin-yahya-kp-jakim-baru.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2020/01/dato-paimuzi-bin-yahya-kp-jakim-baru.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :