Pengumuman UPKK 2019 Peringkat Kebangsaan

SHARE:

Konsep kemenjadian murid yang diterapkan dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019 terus menunjukkan keberkesanan apabila 99.9 peratus

UPKK 2019

PUTRAJAYA, 18 Dis -- Konsep kemenjadian murid yang diterapkan dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019 terus menunjukkan keberkesanan apabila 99.9 peratus daripada 229,131 calon mencatat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata bagi mata pelajaran al-Quran sebanyak 99.8 peratus kelulusan dicatatkan yang menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

"Ini merupakan tahun kedua kemenjadian murid menjadi fokus pelaporan yang kejayaan mendapat keputusan bukan untuk membanding bezakan murid kerana setiap daripada mereka mempunyai kecerdasan berbeza.

"Keberkesanan dalam kemenjadian murid bukan diukur melalui bilangan A tetapi diterjemahkan melalui amalan cara hidup serta pembudayaan nilai-nilai yang dipelajari di kelas dalam kehidupan seharian," katanya kepada pemberita pada pengumuman keputusan UPKK di sini hari ini.

Mohamad Nordin berkata enam mata pelajaran lain yang diuji dalam UPKK juga mencatat peratusan membanggakan iaitu Jawi dan Khat (93.2 peratus); Lughatul Quran (88.7 peratus); Sirah (86.2 peratus); Adab (Akhlak Islamiah) serta Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang masing-masing memperoleh 89.5 dan 87.0 peratus.

Beliau berkata untuk subjek Adab beberapa tambah nilai telah dibuat dengan memasukkan elemen konsep Rahmah yang dipelopori kerajaan ketika ini antaranya kasih sayang, hormat-menghormati, tolong-menolong, kesantunan dalam ujian yang dilakukan.

"Harapan kami adalah untuk menjadikan UPKK sebahagian daripada tanggungjawab bagi menghasilkan warga negara yang seimbang dari sudut pendidikan dan cara hidup sempurna," katanya.

Mohamad Nordin berkata calon boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan UPKK mulai jam 3 petang hari ini di sekolah masing-masing.

Selain itu, katanya keputusan UPKK juga boleh disemak secara dalam talian di alamat http://semakan.islam.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPKK RESULT NO MYKID atau nombor pengenalan ke mySMS 15888 mulai 11 pagi ini hingga 25 Dis.

UPKK merupakan peperiksaan bagi murid-murid tahun lima kelas KAFA bertujuan mengukur pencapaian mereka setelah mengikuti pembelajaran KAFA berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.

Sumber: BERNAMA

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Pengumuman UPKK 2019 Peringkat Kebangsaan
Pengumuman UPKK 2019 Peringkat Kebangsaan
Konsep kemenjadian murid yang diterapkan dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019 terus menunjukkan keberkesanan apabila 99.9 peratus
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgf-YXDZyCwEGrzrfN0izd8hyDgWXltVQ4LmSp-2kMPcARX-rP-uMth0KDI5e3QyHLbVIcbdzY1HK9nrwg4eGnekF1dsXvpsTRuy6zc6_aEOdsPKzRRNM3Lp5U3rsQEhH6-tF82mNwBirA/s640/keputusan+upkk+2019.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgf-YXDZyCwEGrzrfN0izd8hyDgWXltVQ4LmSp-2kMPcARX-rP-uMth0KDI5e3QyHLbVIcbdzY1HK9nrwg4eGnekF1dsXvpsTRuy6zc6_aEOdsPKzRRNM3Lp5U3rsQEhH6-tF82mNwBirA/s72-c/keputusan+upkk+2019.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2019/12/pengumuman-upkk-2019-peringkat.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2019/12/pengumuman-upkk-2019-peringkat.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :