Bagi pengumuman UPKK 2019 peringkat daerah Kuantan pula di adakan pada jam 2.30 petang tarikh yang sama di Dewan As Sakinah PAID Kuantan
Pergukafakuantan.com - Sebaik sahaja pengumuman UPKK 2019 peringkat kebangsaan oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Mohamad Nordin Ibrahim pada pukul 9.30 pagi tadi di Putrajaya, berlangsung juga pengumuman UPKK 2019 peringkat negeri Pahang di Dewan SMA Al Atas Pekan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato' Syed Ahmad Fuad Bin Syed Taha pada jam 10.00 pagi.
Bagi pengumuman UPKK 2019 peringkat daerah Kuantan pula di adakan pada jam 2.30 petang di Dewan As-Sakinah PAID Kuantan. Pengumuman tersebut diumumkan oleh Al Fadhil Tuan Abdul Aziz Bin Abdul Karim Qadhi Daerah Kuantan.
Al Fadil Tuan Qadhi mengucapkan tahniah atas pencapaian daerah Kuantan kekal cemerlang dalam UPKK 2019. Seramai 4,918 calon berdaftar, 4,817 calon hadir menduduki UPKK 2019 dan seramai 101 calon tidak hadir dari 113 pusat UPKK seluruh daerah Kuantan. Dengan itu Al fadhil Tuan Qadi telah menetap KPI untuk UPKK 2020, sifar calon yang tidak hadir. Al Fadhil juga menyeru bersama-sama mencari punca dan menyelesaikan masalah calon yang tidak hadir ini.
Kuantan juga merupakan penyumbang teramai calon yang mendapat 8A bagi negeri Pahang iaitu 1,051 orang 8A dari 2,230 orang 8A seluruh negeri Pahang, pencapaian naik dari tahun 2018. Tahniah diucapkan.
Berikut adalah GPNP UPKK 2019 secara ringkas untuk pencapai daerah Kuantan:
- Ulum Syariah - 2.14
- Lughatul Quran - 2.02
- Sirah - 2.00
- PCHI - 1.17
- Amali Solat - 1.09
- Tilawah Quran - 1.15
- Pelajaran Jawi - 1.52
- Adab - 1.53
Al Fadhil Tuan Qadi juga menekankan 3 subjek killer di atas diberi tumpuan sepenuhnya untuk UPKK 2020 nanti.
Rekod Pencapaian UPKK 2019 daerah Kuantan:
- 1,051 - 8A
- 517 - 7A
- 552 - 6A
- 783 - 5A
- 655 - 4A
Daerah Kuantan mendapat gred purata GPS 1.57 adalah yang terbaik, masih lagi bertahan dalam top 5 bagi daerah negeri Pahang ini. 8 orang daripada 20 orang penerima anugerah cemerlang UPKK 2019 di Pekan pagi tadi adalah dari daerah Kuantan. (Gambar di atas sekali).
Seperti tahun lepas juga tiada diumumkan kedudukan ranking terbaik bagi peringkat negeri, daerah maupun sekolah. Pencapaian UPKK adalah diukur melalui keboleh menjadian pelajar dalam menguasai semua subjek UPKK 2019.
Al fadhil Tuan Qadi juga mengumumkan 10 KAFA terbaik dalam pencapaian UPKK 2019 bagi meningkatkan semangat semua SAR KAFA / KAFA SK berdaya saingan meningkatkan kecemerlangan UPKK untuk tahun 2020.
lain-lain gambar sila rujuk di sini
Tahniah diucapkan kepada semua SAR KAFA / KAFA SK dan pelajar cemerlang dan berjaya dalam UPKK 2019, kepada yang kurang bernasib baik teruskan usaha, UPKK bukan penamat segalanya, ia adalah permulaan untuk anda dalam mengharungi dan menempuh peperiksaan besar seumpama ini.
COMMENTS