Muhammad Al Fateh disahkan hilang upaya pendengaran ketika bayi. Atas nasihat doktor, dia perlu memakai alat bantuan pendengaran agar dapat membantu dia mendengar bunyi di sekeliling, membentuk percakapan secara verbal dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain.
Dengan rasa rendah hati dan penuh pengharapan,saya MUHAMMAD HAMZAH BIN BAAIN (bapa) kepada MUHAMMAD AL FATEH ingin memohon sumbangan seikhlas hati kalian. Ia bertujuan untuk membeli sepasang alat bantuan pendengaran untuk cahaya mata kami yang tersayang, Al Fateh.
Muhammad Al Fateh disahkan hilang upaya pendengaran ketika bayi. Atas nasihat doktor, dia perlu memakai alat bantuan pendengaran agar dapat membantu dia mendengar bunyi di sekeliling, membentuk percakapan secara verbal dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain.
Dukacitanya, permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak zakat TIDAK DILULUSKAN, dan status permohonan JKM masih dalam proses. Rentetan itu, kami terpaksa mencari sumbangan kilat daripada ahli keluarga terdekat agar dapat membeli alat bantuan pendengaran yang berharga RM6000 secepatnya. Memandangkan Fateh sudah mencapai 2 tahun, dia perlu mula memakai alat dalam tempoh ini. Permohonan baru dan rayuan zakat telah kami kemukakan semula. Dan untuk mendapatkan jawapan itu akan mengambil masa yang agak lama.
Doktor menasihati supaya Fateh memakai alat bantuan sebelum umurnya mencecah 3 tahun agar perkembangan tumbesarannya dapat menjadi normal seperti kanak-kanak seusianya. Jadi dengan cara memohon sumbangan ini, inshaAllah akan dipercepatkan proses mendapatkan alat bantuan pendengaran tersebut.
Moga ada sinar baginya...
Terima kasih atas perhatian dan kesudian membaca post ini. Hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan kalian.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Bank Simpanan Berhad BSN
ZULHUSNI BINTI MAT HASSAN
0610041000219868
CIMB BANK
ZULHUSNI BINTI MAT HASSAN
7607031553
"InshaAllah,orang yang membantu memudahkan urusan ahli keluarganya,akan dipermudahkan urusannya oleh Allah swt
Saya sayang keluarga saya 💕💕💕
Makluman:
Anak kepada Ustazah Zulhusni, guru KAFA Bukit Goh Kuantan. Sesiapa yang nak derma/sedekah/infaq, boleh masukkan duit ke akaun di atas. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Gambar di atas sekadar hiasan, sumber dari google search :
Ketika pertama kali diberikan alat pendengaran, reaksi yang ditunjukkan oleh Charly ini mampu mengalirkan air mata sesiapa saja yang melihatnya.
Ketika ia mendengar suara ibunya mengatakan "Hai" untuk pertama kalinya, wajah Charly dipenuhi dengan kebahagiaan!
COMMENTS