Selamat Hari Guru 2018 - Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

16 Mei setiap tahun merupakan satu hari yang amat istimewa buat semua warga pendidik. Guru, Cikgu, Mualim, Mualimah...

selamat hari guru 2018

Alhamdulillah, 16 Mei setiap tahun merupakan satu hari yang amat istimewa buat semua warga pendidik. Guru, Cikgu, Mualim, Mualimah, Tok Guru, Ustaz, Ustazah dan berbagai panggil mereka tetap yang satu iaitu yang telah berusaha keras, mengerah kudrat, memerah keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Tanpa mereka siapalah kita ini sekarang.

Merekalah guru yang perlu kita ingat kerana gurulah titik awal dalam pengaliran ilmu di dalam diri kita. Peranan guru bukan sahaja sekadar menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak kita semua.

Seorang guru bolehlah dianggap sebagai seorang jurutera sosial kerana bidang pendidikan adalah peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berperibadi mulia. Justeru, sesuailah dengan pemilihan tema hari guru pada tahun 2018 ini iaitu, "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan".

Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan mereka dan amalkanlah tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita. 

Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik. Hari Guru bukan sahaja meraikan rasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga menjadi dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan kualiti mengajar. Hal yang demikian dapat meningkatkan bilangan ilmuwan di negara kita. Seterusnya, mari kita panjatkan doa agar SAR/KAFA daerah Kuantan terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai visi kita dalam melahirkan modal insan yang berdikari, berwaja diri dan berjasa kepada negara. 

Bersama kita berpadu tenaga, warga pendidik, para ibu bapa dan murid-murid meneruskan usaha murni ini. Semoga segala pengorbanan guru ini akan menjadi amal soleh yang akan memberikan pahala yang berterusan dan berkekalan. 

Tugas dan tanggungjawab sebagi guru berat, jika dianggap berat. Mudah, jika mengambil mudah. Mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.

Semoga Engkau Ya Allah mengurniakan kekuatan kepada diri mereka untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memainkan peranan bagi memartabatkan pendidikan generasi kami berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Dengan ini kami daripada AJK PERGUKAFA Kuantan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Ustaz dan Ustazah SAR KAFA daerah kuantan dan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru. Kami juga mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak 1439H kepada semua guru daerah Kuantan dan Malaysia amnya.

Harmizi bin Hanafi
Pengerusi
Persatuan Guru-guru KAFA Daerah Kuantan.

COMMENTS

BLOGGER
Name

Buku,19,Guru KAFA,12,Info KAFA,306,Jadual,21,JAIP,48,JAKIM,36,JPN,4,JUC,13,Mesyuarat,27,MUIP,11,PAID,27,Peperiksaan,25,Pergukafa,78,Program,197,SAR KAFA,120,Simpeni,8,UPKK,102,Zon KAFA,8,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Selamat Hari Guru 2018 - Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
Selamat Hari Guru 2018 - Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
16 Mei setiap tahun merupakan satu hari yang amat istimewa buat semua warga pendidik. Guru, Cikgu, Mualim, Mualimah...
https://4.bp.blogspot.com/-nbAm23gp_DI/WvsID6DpOHI/AAAAAAAAEY8/kgKta63JnuwDJyV-yLZH8-k5x6or38rIQCLcBGAs/s640/selamat%2Bhari%2Bguru%2B2018.png
https://4.bp.blogspot.com/-nbAm23gp_DI/WvsID6DpOHI/AAAAAAAAEY8/kgKta63JnuwDJyV-yLZH8-k5x6or38rIQCLcBGAs/s72-c/selamat%2Bhari%2Bguru%2B2018.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2018/05/selamat-hari-guru-2018-guru-pemacu.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2018/05/selamat-hari-guru-2018-guru-pemacu.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content