Majlis Silaturrahim Aidilfitri Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2017 yang di adakan di Dewan Orang Ramai Balok pada 22/7/2017.
Pergukafakuantan.com - Allhamdulillah selesai sudah Majlis Silaturrahim Aidilfitri Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2017 yang di adakan di Dewan Orang Ramai Balok pada 22/7/2017.
Sambutan yang luar biasa kali ini dengan kedatangan ramai tetamu dikalangan guru-guru SAR KAFA dengan ahli keluarga masing-masing. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Pergukafa Kuantan iaitu Ustaz Harmizi Hanafi. Seterusnya para tetamu dijemput menjamu selera dengan jamuan yang disediakan oleh setiap zon.
Menu utama adalah nasi minyak yang disediakan oleh pihak persatuan sendiri dan menu mengikut zon adalah seperti berikut :
1. ZON 1 - Rendang dan Ketupat
2. ZON 2 - Nasi Lemak
3. ZON 3 - Laksa
4. ZON 4 - Lemang
Turut diadakan pertanding kios mana yang tercantik diantara zon, tahniah zon 3 memenangi kategori tersebut. Turut diraikan anak-anak guru-guru Kafa dengan pemberian duit raya oleh pengerusi persatuan.
Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari. Kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru-guru dan ahli keluarga ke majlis ini. Anda semua memang terbaik...
Gambar-gambar sekitar Majlis Silaturrahim Aidilfitri Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2017 :
Jangan lupa Mesyuarat Agong Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan adan diadakan pada 9/9/2017bertempat di ZON 1 (akan dimaklumkan semula) semua ahli persatuan dijemput hadir.
Terima kasih kpd smua ajk dan ahli persatuan yg sudi memeriahkan jamuan kita pd hari ini....moga tautan silaturahmi kita berkekalan... Amin
ReplyDelete